More

    Beli OPPO A95 dan nikmati tawaran hebat bermula 20 November ini

    Sebelum ini, OPPO Malaysia mengumumkan pelancaran OPPO A95 dengan ganjaran pra-pesanan. Kini, OPPO A95 akan mula berada di pasaran pada 20 November 2021 dengan beberapa tawaran luar biasa dalam masa terhad.

    OPPO Enco Buds (RRP ialah RM159) dengan menambah RM1 sahaja

    Mulai 20 November hingga 14 Disember 2021, pembeli OPPO A95 boleh mendapatkan fon telinga wayarles, OPPO Enco Buds pada harga RM1 sahaja (RRP ialah RM159). Promosi ini sah di My OPPO Space, kedai jenama OPPO, kedai dalam talian rasmi OPPO, peniaga yang diiktiraf OPPO, kedai dalam talian sah OPPO, rakan kongsi kedai rangkaian, rakan kongsi telco dan rakan kongsi E-comm seperti Astro Go Shop, Shopee dan Lazada.

    Ahli My OPPO dapat menikmati ganjaran bernilai sehingga RM100!

    Ahli My OPPO boleh menebus sarung telefon peribadi terhad bernilai RM99 dan mendapat baucar minuman percuma bersaiz Grande di Starbucks melalui aplikasi OPPO selepas pembelian OPPO A95 dari 20 November hingga 14 Januari 2022.

    OPPO Band (RRP ialah RM159) pada harga RM95 sahaja

    Anda boleh dapatkan jam tangan pintar OPPO Band untuk menjejaki kesihatan dengan harga hanya RM95 selepas membeli OPPO A95 di mana-mana kedai jenama OPPO dari 20 November hingga 30 November 2021.

    Lanjutan jaminan 6 bulan bernilai RM49.90

    Dari 20 November hingga 30 November 2021, pelanggan yang membeli OPPO A95 di kedai dalam talian rasmi OPPO dan kedai jenama OPPO akan mendapat lanjutan jaminan 6 bulan bernilai RM49.90.

    Hadiah bernilai sehingga RM70,000 dan banyak lagi boleh direbut di pameran jelajah OPPO A95 First Sale

    OPPO Malaysia menawarkan hadiah eksklusif bernilai sehingga RM70,000 di jerayawara (roadshow) OPPO A95 di Mid Valley, pada 20 November 2021. 100 pembeli pertama OPPO A95 pada jerayawara itu layak menerima Bank Kuasa Caj Kilat OPPO VOOC bernilai RM229. Terdapat peraduan seperti “Snap & Grab” dan “Spin & Win” untuk memperoleh lebih banyak ganjaran.

    Jerayawara jualan pertama OPPO A95 boleh didapati di lokasi di bawah:

    LokasiTarikh 
    Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur15 – 21 Nov 2021
    Sutera Mall, Johor Bahru 15 – 21 Nov 2021
    Setapak Central, Kuala Lumpur20 – 26 Nov 2021

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...