More

    BenQ lancarkan MOBIUZ Siri EX dan Eye Care Siri GW, monitor “gaming” bermula RM1,099

    BenQ mengumumkan barisan monitor gaming MOBIUZ (Siri EX) & Eye Care (Siri GW) baharu 2022. HDRi and Brightness Intelligence (Eye Care) melindungi mata untuk sebarang kerja, belajar, hiburan dan gaming.

    Monitor MOBIUZ EX2710U dan EX3210U menampilkan reka bentuk yang eksklusif, kualiti imej UHD 4K dan teknologi HDRi yang dipatenkan BenQ untuk warna, kontras dan keamatan (intensity) yang lebih baik. Pengoptimum pintar mengenali label cahaya ambien dan memperhalusi foto HDR pada skrin. 

    Monitor ini juga mempunyai sistem saluran audio 2.1 dengan subwoofer dan mikrofon pembatalan hingar AI. Ia sesuaikan audio ketika gaming lepada banyak tetapan bunyi, mengumpulkan audio ambien melalui mod omnidirectionaluntuk mendengar arah pihak lawan dan memberikan pengalaman yang lebih mengasyikkan.

    EX2710U dan EX3210U sesuai dipadankan pada konsol dan HDMI2.1. MOBIUZ telah mengeluarkan monitor gaming EX2710U dalam saiz 27 inci dan EX3210U 4K dalam saiz  32 inci. 

    Anda boleh dapatkan monitor MOBIUZ (Siri EX) pada link di bawah:

    Gamers banyak menghabiskan masa di hadapan skrin untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran kerja hibrid dan jauh. Oleh itu, mereka memerlukan monitor dengan ciri penjagaan mata seperti GW2485TC dan GW2785TC baharu yang memberikan produktiviti dan masa skrin yang lebih selamat. Ia menggunakan teknologi penjagaan mata dan alatan produktiviti seperti mikrofon dan penyambung USB-C.

    Terdapat Kecerdasan Kecerahan (Brightness Intelligence) pada monitor GW2485TC dan GW2785TC di mana ia mengesan cahaya ambien, kecerahan dan kontras kandungan skrin untuk melaraskan tahap kecerahan dan meningkatkan bahagian gelap tanpa mendedahkan kawasan terang secara berlebihan. Tambahan lagi, teknologi bebas kelipan (flicker-free) untuk mengurangkan ketegangan mata, sakit kepala dan kekurangan produktiviti.

    Anda boleh dapatkan monitor Eye Care (Siri GW) pada link di bawah:

    "
    "

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

     

    Artikel Terkini

    Sonos bawa Beam Ultra, Ace Ultra dan Sonos 27 ke Malaysia, harga bermula RM4,199

    Sonos telah memperkenalkan tiga penawaran baharu di Malaysia iaitu soundbar Beam Ultra, fon telinga premium Sonos Ace Ultra dan sistem kendalian audio...

    Xiaomi kini bukan sekadar telefon, Mijia dan EV bakal kuasai ekosistem global

    Xiaomi mengumumkan perluasan strategi ekosistem pintar Human x Car x Home di pasaran antarabangsa sempena pameran IFA 2026 di Berlin. Langkah ini...

    Siri Xiaomi 18 Pro dilancar: SD 8 Elite Gen 6, dwi-kamera Leica 200MP dan...

    Xiaomi melancarkan siri peranti mercu baharu di China menerusi model Xiaomi 18 Pro dan Xiaomi 18 Pro Max. Kedua-dua telefon pintar ini...

    OPPO Find X10 Pro Max tiba sebagai telefon pertama di dunia dengan tiga kamera...

    OPPO secara rasmi memperkenal peranti mercu terbaharu Find X10 Pro Max yang dijana oleh cip pemprosesan MediaTek Dimensity 9600 Pro. Sistem kamera...

    MediaTek umum Dimensity CX C10 Max, cip 3nm pertama khas untuk Googlebook

    MediaTek melancarkan pemproses baharu Dimensity CX C10 Max yang merupakan cip pertama di bawah siri siri Compute Experience (CX). Pemproses ini dibina...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured