More

    Berapa banyak RAM yang diperlukan dalam telefon pintar anda?

    RAM atau Random Access Memory adalah komponen dalam telefon pintar anda yang bertanggungjawab untuk menyimpan data jangka pendek seperti teks, aplikasi latar (background applications), pelayar web dan banyak lagi. Data jangka pendek ini tidak akan disimpan dalam storan dalaman (internal storage) dan akan dibuang sebaik sahaja telefon dimatikan.

    Pada waktu ini, jumlah RAM dalam telefon sering menyerupai jumlah RAM dalam komputer, bermula 4GB dalam telefon kelas permulaan hinggalah 18GB dalam sesetengah telefon andalan (flagship). Mungkin ada sesetengah pembaca yang merasakan 18GB adalah terlalu banyak untuk kegunaan harian, namun ada golongan pengguna yang memerlukan RAM tinggi tersebut.

    Dalam artikel ini, kami akan menjelaskan bagaimana RAM berperanan dalam telefon anda dan berapa banyak sebenarnya yang anda perlukan untuk melayari media sosial, gaming dan lain-lain.

    Bagimana RAM berfungsi

    Lenovo Legion Phone Duel menawarkan RAM sehingga 16GB

    RAM terdiri daripada storan memori berkelajuan tinggi yang memudahkan telefon untuk mengakses sebarang data yang penting dengan cepat. Jika data tersebut disimpan dalam storan dalaman, kelajuan telefon mungkin akan menjadi lebih perlahan kerana storan dalaman tidak sepantas RAM. Ini adalah penting untuk aplikasi yang memerlukan prestasi tinggi seperti grafik dan kadar bingkai yang pantas dalam game.

    Sebagai contoh, katakan anda sedang menonton video YouTube dan terpaksa beralih ke WhatsApp untuk membalas mesej. Sebaik sahaja anda menghantar mesej, anda boleh sambung semula video YouTube anda tadi kerana data aplikasi YouTube itu telah disimpan dalam RAM.

    Ini juga bermakna jika anda mempunyai lebih banyak RAM, anda boleh menyimpan lebih banyak aplikasi dalam latar belakang sebelum telefon anda menjadi perlahan.

    Kini terdapat teknologi seperti Virtual RAM yang menggunakan sebahagian storan dalaman untuk dijadikan tambahan kepada RAM, namun ia adalah jauh lebih perlahan berbanding RAM sebenar. Namun untuk tugas yang tidak begitu membebankan seperti video atau pun laman web, Virtual RAM adalah memadai.

    Berapa banyak RAM yang anda perlukan sebenarnya?

    Buat masa ini, RAM tertinggi dalam telefon pintar adalah 18GB seperti yang terdapat pada ASUS ROG Phone 5 Ultimate

    Jadi persoalannya sekarang, berapakah jumlah RAM yang anda perlukan dalam telefon pintar? Jawapan ini sebenarnya amat bergantung kepada penggunaan anda kerana setiap pengguna mempunyai keperluan yang berlainan. Pemain game tegar pasti memerlukan RAM yang tinggi untuk memuatkan (pre-load) grafik dengan lebih pantas. Pada masa yang sama, mereka yang sekadar menonton video atau mengambil gambar tidak memerlukan jumlah RAM yang tinggi.

    "
    "

    Sebagai kayu ukur, RAM sebanyak 4GB adalah sesuai untuk kegunaan asas pada waktu ini, seperti melayari media sosial, menonton video, bermain game ringan seperti Candy Crush dan tidak menggunakan banyak aplikasi serentak.

    Telefon dengan RAM 6GB atau 8GB sudah boleh dianggap jumlah yang amat sesuai untuk kebanyakan pengguna. Jumlah RAM tersebut sudah menyediakan prestasi yang pantas untuk pelbagai aplikasi tanpa harga yang mahal.

    OnePlus Nord N10 mempunyai “Fnatic Mode” untuk meningkatkan prestasi gaming

    Walau bagaimanapun jika wang bukan halangan, anda boleh dapatkan telefon dengan RAM sehingga 18GB seperti dalam ASUS ROG Phone 5. RAM seperti ini menyediakan pengalaman gaming yang paling pantas dan boleh buka banyak aplikasi latar belakang dengan serentak. Malah, kebanyakan telefon yang dikhaskan untuk gaming mempunyai Game Mode tersendiri yang membenarkan pengguna untuk mematikan sebarang aplikasi latar belakang dan memberi lebih banyak ruang RAM kepada game mereka.

    Jadi kenapa syarikat telefon hasilkan produk dengan RAM tinggi?

    Hakikatnya, jumlah RAM boleh dijadikan sebagai satu taktik pemasaran untuk sebuah telefon pintar. Dengan menawarkan RAM yang lebih tinggi, ini meningkatkan nilai teranggap (perceived value) sebuah telefon dan membolehkan syarikat elektronik untuk meningkatkan harga telefon tersebut, walaupun jika RAM yang lebih tinggi hanya menawarkan peningkatan prestasi yang sedikit.

    Sebagai contoh, gamers yang menginginkan telefon untuk gaming pasti akan membeli varian dengan RAM tertinggi dengan harga yang lebih mahal, berbanding RAM yang rendah. Selain itu, gamers juga inginkan RAM tinggi agar telefon mereka boleh kekal relevan dengan lebih lama pada masa hadapan.

    Oculus Quest 2 hanya mempunyai RAM 6GB namun masih boleh menawarkan prestasi game yang pantas!

    Melainkan cipset telefon pintar bakal dilengkapi pemproses grafik (GPU) bertaraf konsol atau PC pada masa hadapan, data untuk penghasilan tekstur grafik dan model 3D akan memerlukan jumlah RAM yang tinggi. Untuk penggunaan augmented reality (AR) pula, sebuah set kepala (headset) khas untuk VR seperti Oculus Quest 2 hanya dilengkapi RAM 6GB dan masih mampu memainkan game dengan lancar.

    Sebagai kesimpulan, RAM yang lebih tinggi tidak semestinya menghasilkan prestasi keseluruhan yang lancar kerana terdapat banyak faktor lain yang mempengaruhi prestasi telefon anda, seperti cipset dan sama ada aplikasi tersebut mampu memanfaatkan RAM secukupnya.

    Jika anda masih tidak pasti tentang jumlah RAM yang anda perlukan, 6GB atau 8GB adalah jumlah yang sangat sesuai untuk majoriti pengguna. Tetapi jika anda sekadar membalas mesej, membuat panggilan telefon dan melayari internet, mungkin 4GB sahaja sudah cukup. Malah, telefon dengan RAM 4GB biasanya dijual pada harga ratusan Ringgit sahaja.

    Adakah jumlah RAM merupakan faktor utama buat anda sewaktu membeli telefon? Beritahu kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Diterjemahkan daripada TechNave English

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...