More

    Bermula 2 September, syarikat penerbangan wajib bayar balik bayaran penuh jika tertunda lebih 5 jam – Anthony Loke

    Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook hari ini mengumumkan bahawa semua syarikat penerbangan mesti menyediakan bayaran balik penuh mandatori kepada penumpang penerbangan yang tertunda selama 5 jam atau lebih. Peraturan baharu ini akan berkuat kuasa mulai 2 September ini.

    Tambah Loke, ini adalah sebahagian daripada pindaan kepada Kod Perlindungan Pengguna Penerbangan Malaysia (MACPC) 2016 Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom). Peraturan ini terpakai kepada penumpang yang memilih untuk tidak meneruskan penerbangan tertunda dan memilih untuk membeli tiket penerbangan yang lain.

    Bayaran balik juga mesti ditawarkan melalui kaedah pembayaran awal penumpang. Pindaan lain kepada MACPC juga akan melihat bayaran balik terpakai untuk penerbangan terganggu disebabkan oleh keadaan luar biasa seperti perubahan cuaca.

    Sementara itu, mulai Januari 2025, pengguna mesti dimaklumkan tentang perubahan masa berlepas yang dijadualkan sekurang-kurangnya 2 minggu sebelum tarikh tersebut kecuali perubahan tersebut melibatkan keadaan luar biasa atau isu teknikal yang tidak dapat dielakkan.

    Akhirnya kerajaan mengambil serius tentang isu pemulangan wang kepada penumpang kerana ia merupakan masalah utama mutakhir ini. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Astro Awani

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured