More

    Bermula 2022, pengecasan wayarles mungkin akan dihadkan sehingga 50W sahaja

    Teknologi pengecasan wayarles semakin mendapat tempat dalam industri telefon pintar pada waktu ini, dengan peningkatan telefon yang menyokong teknologi tersebut serta pengenalan kadar yang lebih pantas. Walau bagaimanapun, berlainan dengan perkembangan teknologi pengecasan berwayar yang seperti tiada penghujung, kadar pengecasan wayarles mungkin akan dihadkan bermula tahun depan.

    Terbaru, Kementerian Industri dan Teknologi Informasi China telah mengeluarkan laporan awal berkaitan pengurusan gelombang radio dan perkakasan pengecasan wayarles, di mana kerajaan China sedang menyelidik keperluan untuk meletakkan had pada pengecasan wayarles.

    Laporan terbaru mengatakan pengecasan wayarles yang lebih tinggi daripada 50W akan ditamatkan kebenarannya di China pada 31 Disember 2021. Bermula 1 Januari 2022, semua pengecas wayarles dan pengecas mudah alih yang dihasilkan di China tidak boleh melebihi 50W.

    Beberapa syarikat teknologi China telah pun melancarkan pengecas wayarles 50W seperti realme MagDart, HUAWEI dan OnePlus. Untuk pengecasan yang lebih tinggi pula, Xiaomi telah melancarkan pengecas wayarles 80W pada bulan Mac 2021. Memandangkan teknologi pengecasan wayarles untuk telefon pintar kini dipelopori oleh China, terdapat kemungkinan besar bahawa had 50W ini akan diikuti oleh negara-negara lain.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: MyDrivers

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured