More

    Bermula 2026, semua media sosial dengan 8 juta pengguna ke atas akan dianggap berdaftar dengan kerajaan Malaysia

    Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) hari ini mengumumkan bahawa semua penyedia perkhidmatan pesanan internet dan media sosial yang mempunyai jumlah pengguna sebanyak lapan juta dan ke atas akan dianggap berdaftar dengan kerajaan secara automatik.

    Semua penyedia media sosial ini akan memegang Lesen Kelas Pemberi Perkhidmatan Aplikasi [ASP(C)] bermula 1 Januari 2026, menerusi pelaksanaan Peruntukan Deeming bawah Seksyen 46A Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

    MCMC berkata langkah ini diambil untuk memastikan penyedia perkhidmatan internet berskala besar supaya terus beroperasi dalam kerangka undang-undang negara. Ia selaras dengan kerangka pelesenan penyedia perkhidmatan pesanan internet dan media sosial yang dikuatkuasakan sejak 1 Januari 2025 bagi meningkatkan pematuhan syarikat-syarikat ini terhadap undang-undang Malaysia.

    Peruntukan Deeming akan memastikan semua platform yang berdaftar untuk pikul tanggungjawab yang lebih jelas terhadap keselamatan pengguna, terutamanya untuk melindungi kanak-kanak dan keluarga. Antara penyedia perkhidmatan yang telah memenuhi kriteria Peruntukan Deeming termasuklah WhatsApp, Telegram, Facebook, Instagram, TikTok dan YouTube.

    MCMC menegaskan bahawa semua syarikat yang terlibat boleh terus beroperasi menerusi platform global masing-masing seperti biasa. Langkah terbaharu ini sejajar dengan amalan antarabangsa dalam mengawal selia platform dalam talian yang digunakan secara meluas.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: BERNAMA

     

    Artikel Terkini

    HONOR Watch 6 dilancar di Malaysia dengan GPS dwi jalur, NFC dan bateri 35...

    HONOR Malaysia secara rasmi melancarkan jam tangan pintar HONOR Watch 6 untuk pasaran tempatan dengan menawarkan bateri berkapasiti 980mAh yang mampu bertahan...

    CMF Clip Pro rasmi sebagai fon telinga “open-ear” pertama, sokong LDAC dan bateri 32.5...

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan CMF Clip Pro sebagai peranti fon telinga terbuka (open-ear) pertama dalam barisan produk mereka. Fon telinga ini menggunakan...

    Xbox Project Helix bakal sokong “game” lama menerusi sistem emulator rasmi

    Satu memo dalaman Microsoft yang ditiriskan mendedahkan bahawa mereka sedang membangunkan emulator rasmi untuk menyokong permainan rentas platform. Pembangunan ini bertujuan membolehkan...

    Amazon Prime Video jadi aplikasi strim pertama sokong HDR10+ ADVANCED

    Samsung Electronics mengumumkan bahawa Prime Video menjadi perkhidmatan penstriman pertama yang menawarkan standard paparan HDR10+ ADVANCED secara global bermula Ogos 2026. Ciri...

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured