More

    Bersedia, Apple Watch dan iPad baharu mungkin dilancarkan malam ini!

    Jika anda sebelum ini gemar menunggu pelancaran produk Apple, anda juga pasti sudah dapat mengikut rentak yang biasa dilakukannya. Terdapat beberapa bukti tidak rasmi yang menandakan bahawa pelancaran Apple Watch Series 6 dan iPad baharu bakal berlangsung pada malam ini, 8 September 2020.

    Anda mungkin boleh menjangkakan pelancarannya pada malam 8 September waktu Malaysia (jangkaan sahaja). Tarikh ini turut dipersetujui oleh pendedah maklumat Apple terkenal melalui siaran di laman Twitternya.

    Tidak mengejutkan juga jika Apple Watch baharu akan hadir memandangkan ia telah melepasi kelulusan EEC. Menurut sumber lain, kebanyakan pengguna yang mengakses laman web Apple juga mendapati Apple Watch Series 5 tidak tersedia (terdapat faktor lain). Namun, ia turut dikaitkan dengan kemunculan Apple Watch Series 6.

    Selain Apple Watch baharu, iPad generasi ke-8 dan iPad Air generasi ke-4 juga mungkin dilancarkan malam ini. APakah pendapat anda? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Baca juga mengenai tarikh pelancaran iPhone 12 yang mungkin diumumkan pada malam ini.

    Sumber: 1 | 2

     

    Artikel Terkini

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    TECNO tayang telefon skrin 0mm pertama – Tiada lagi bezel hitam!

    TECNO memperlihatkan telefon konsep Next-Gen Bezelless menjelang kemunculan pertamanya di acara IFA 2026. Ia dibangunkan untuk menghapuskan garisan hitam di sekeliling paparan...

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured