More

    Bigo Live anjurkan pertandingan Tilawah Bersama Bigo bagi menyokong Islamic Relief Malaysia

    Perkhidmatan penstriman video Bigo Live hari ini melancarkan program Tilawah Bersama Bigo iaitu sebuah pertandingan tilawah Al-Quran yang bertujuan membantu mengutip dana untuk COVID Emergency Appeal Food Aid oleh Islamic Relief Malaysia. Ini juga merupakan salah satu cara Bigo Live membantu penggunanya menyambut Aidilfitri sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuat kuasakan.

    Pertandingan ini akan berlangsung pada 24 Mei hingga 28 Mei dari jam 8:30 malam hingga 12:00 tengah malam. Pusingan akhir akan diadakan pada 29 hingga 30 Mei dari 9:00 malam hingga 10:00 malam. Bigo Live bakal bekerjasama dengan Farhatul Fairuzah, pemenang Tilawah Al-Quran Antarabangsa 2019 dan seorang penyiar dalam platform itu.

    Mereka yang berminat boleh membuat pendaftaran sekarang di laman web ini. Peserta haruslah berumur 18 tahun ke atas dan pemenang boleh membawa pulang hadiah wang tunai di antara RM1,000 hinggalah RM3,000 dalam pusingan akhir.

    Para penonton boleh mengundi peserta kegemaran mereka serta membuat sumbangan derma kepada Islamic Relief Malaysia sepanjang pertandingan berlangsung. Bigo Live juga akan menyumbang RM4,000 kepada tabung COVID Emergency Appeal Food Aid yang bertujuan membantu golongan susah untuk mendapatkan makanan sewaktu pandemik COVID-19.

    Kongsi pendapat anda tentang pertandingan ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Find X10 Pro Max tiba sebagai telefon pertama di dunia dengan tiga kamera...

    OPPO secara rasmi memperkenal peranti mercu terbaharu Find X10 Pro Max yang dijana oleh cip pemprosesan MediaTek Dimensity 9600 Pro. Sistem kamera...

    MediaTek umum Dimensity CX C10 Max, cip 3nm pertama khas untuk Googlebook

    MediaTek melancarkan pemproses baharu Dimensity CX C10 Max yang merupakan cip pertama di bawah siri siri Compute Experience (CX). Pemproses ini dibina...

    vivo OriginOS 7 dilancar dengan prestasi lancar hingga 72 bulan!

    vivo secara rasmi memperkenalkan sistem operasi OriginOS 7 yang direka untuk mengekalkan prestasi lancar menerusi ujian anti-penuaan makmal selama 72 bulan. Sistem...

    Googlebook diperkenal, laptop pertama direka khas untuk Gemini Intelligence

    Qualcomm Technologies mengumumkan kerjasama dengan Google untuk membawa platform Snapdragon X Elite ke laptop Googlebook iaitu kategori komputer riba baharu yang direka...

    Nothing Phone (4b) dan Ear (3a) kini tersedia di Malaysia pada harga RM1,599 dan...

    Nothing melancarkan dua peranti baharu bagi pasaran Malaysia iaitu telefon pintar Nothing Phone (4b) dan fon telinga nirwayar Nothing Ear (3a). Nothing...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured