More

    BigPay DuitNow QR dan pindahan DuitNow dilancar secara rasmi di Malaysia

    Hari ini, BigPay telah mengumumkan bahawa DuitNow tersedia untuk pengguna BigPay Malaysia di seluruh negara. Dengan itu, pengguna BigPay boleh menggunakan DuitNow QR dan DuitNow Transfer untuk semua pembayaran. Pastikan anda mengemas kini BigPay anda kepada versi terkini dan anda boleh menggunakannya dengan segera.

    Hanya buka aplikasi BigPay dan imbas kod QR DuitNow untuk membuat pembayaran. Selain itu, pengguna BigPay dengan akaun ganjaran airasia yang dipautkan akan memperoleh mata untuk setiap transaksi yang dibuat menggunakan DuitNow QR yang boleh ditebus pada aplikasi super airasia.

    Kemudian untuk pemindahan (transfer) DuitNow, pengguna BigPay boleh menggunakan perkhidmatan tersebut untuk membuat pemindahan dana domestik segera dari BigPay kepada bank tempatan dan e-dompet yang mengambil bahagian.

    Dana boleh dipindahkan dengan cepat kepada penerima lain melalui ID DuitNow melalui nombor telefon penerima, nombor Kad Pengenalan, nombor pendaftaran perniagaan, ID polis/tentera atau nombor pasport.

    Untuk maklumat lanjut tentang BigPay DuitNow, anda boleh melawati portal rasmi BigPay di sini. Kongsikan pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

     

    Artikel Terkini

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Apple bangunkan hub rumah pintar dengan Siri AI, FaceTime dan AirPlay

    Apple dilaporkan sedang membangunkan peranti hub rumah pintar baharu yang berfungsi untuk mengawal peranti HomeKit, berinteraksi dengan Siri AI, membuat panggilan FaceTime,...

    WhatsApp tambah Parental Control, ibu bapa boleh kawal privasi anak

    WhatsApp melancarkan set kawalan ibu bapa baharu yang fleksibel dan bersifat pilihan bagi membantu mengurus penggunaan aplikasi dalam kalangan remaja. Ia dibangunkan...

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured