More

    ‘Bila iPhone 12 keluar’ + ‘macam mana nak buat pinjaman bank’ antara carian top Google September 2020

    Memandangkan bulan September sudah meninggalkan kita, anda mungkin pernah tertanya-tanya apakah perkara yang menjadi carian di Internet sepanjang bulan September 2020. Google kini melampirkan carian-carian teratas yang dilakukan oleh rakyat Malaysia untuk bulan lepas mengikut kategori tertentu.

    Antara 10 carian teratas adalah seperti di bawah:

    1. Realme 7 Pro Review / Realme 7 G95*
    2. Isabella Guzman
    3. BPN 2.0 semakan / BPNM 2.0*
    4. Anak Nora Ariffin / Anak Nora Cium* / Video Anak Nora Ariffin**
    5. Aston Villa vs Man United / Liverpool vs Blackpool* 
    6. England vs Australia
    7. Lincoln City vs Liverpool / Luton Town vs Man United*
    8. Man United vs Crystal Palace
    9. Plott Hound
    10. US Open Tennis 2020 results

    Terdapat juga kategori lain termasuklah kategori what, how, macam mana/bagaimana, bila/bilakah dan siapa/siapakah. Dalam kategori ‘macam mana’, topik yang menarik perhatian kami adalah ‘bagaimana bayaran youtube’ dan ‘bagaimana aplikasi teknologi hijau mempengaruhi infrastruktur tempatan’. Ini bermakna rakyat Malaysia semakin peka dengan dunia digital dan teknologi. Tidak ketinggalan adalah ‘macam mana nak buat pinjaman bank’.

    Di sisi yang lain, rakyat Malaysia sebenarnya mungkin teruja dengan kemunculan iPhone 12 dengan soalan ‘bila iPhone 12 keluar’ yang tersenarai sebagai salah satu carian teratas dalam kategori ‘bila/bilakah’.

    Adakah anda ada mencari apa-apa yang tersenarai dalam carian di atas? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    nubia A77 5G tiba di Malaysia dengan Unisoc T8300 Ultimate dan skrin 120Hz berharga...

    nubia secara rasmi melancarkan peranti kelas pertengahan baharu iaitu nubia A77 5G untuk pasaran tempatan. Telefon pintar ini dibangunkan sebagai pilihan peranti...

    Google Pixel Watch 5 dan Pixel Tag dilancar dengan harga bermula RM139

    Google secara rasmi melancarkan jam pintar Pixel Watch 5 dan peranti penjejak pintar pertama mereka, Pixel Tag. Pixel Watch 5 hadir dalam...

    Google Pixel 11 Pro Fold turut rasmi dengan dengan cip Tensor G6 dan IP68...

    Selain siri Pixel 11 standard, Google turut mengumumkan telefon pintar boleh lipat baharu Pixel 11 Pro Fold untuk pasaran Malaysia. Peranti ini...

    Google Pixel 11 rasmi di Malaysia dengan cip Tensor G6 dan lampu HiLight LED...

    Google secara rasmi melancarkan siri telefon pintar mercu terbaharu di Malaysia yang merangkumi Pixel 11, Pixel 11 Pro dan Pixel 11 Pro...

    Spotify letak lencana khas untuk profil artis yang sebenarnya AI

    Spotify mengumumkan pengenalan lencana AI Persona bagi memberi petunjuk kepada pendengar bahawa identiti sesebuah profil artis adalah dijana oleh kecerdasan buatan dan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured