More

    Bimbang banjir? Ini platform “online” untuk pantau cuaca dan paras air

    Di Malaysia, hujung tahun kebiasaannya kita akan dilanda angin monsun yang boleh membawa hujan lebat berterusan dan berpotensi menyebabkan tanah runtuh serta banjir besar. Keadaan sebegini boleh merosakkan rumah dan kenderaan yang tenggelam, malah mengancam nyawa. Sebab itu penting untuk kita tahu di mana hujan mungkin berlaku dan berapa lama ia akan berterusan.

    Nasib baik kini ada beberapa platform dalam talian di Malaysia yang menyediakan maklumat cuaca yang boleh dipercayai. Platform ini bukan sekadar ramalan cuaca asas, tetapi tepat. Berikut ialah beberapa laman web dan aplikasi yang anda boleh rujuk untuk menjejak keadaan cuaca atau bencana semula jadi.

    Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia)

    Pertama sekali, kita ada Jabatan Meteorologi Malaysia atau MetMalaysia. Laman web mereka menyediakan ramalan cuaca harian dan turut menjejak kejadian gempa bumi, tsunami serta taufan yang boleh berlaku di rantau kita. Di laman utama MetMalaysia, terdapat seksyen ramalan cuaca yang memaparkan suhu dan keadaan cuaca harian untuk bandar-bandar utama.

    Fungsinya serupa dengan aplikasi cuaca di telefon, tetapi lebih tepat kerana ia berdasarkan data rasmi. Anda juga boleh melihat peta interaktif untuk gambaran yang lebih jelas. MetMalaysia turut mengeluarkan amaran hujan berterusan, ribut petir dan keadaan laut bergelora.

    Walaupun maklumatnya ringkas, ia cukup untuk memberi amaran awal kepada kawasan berisiko banjir supaya mereka boleh bersedia atau berpindah jika perlu. Selain laman web, ada juga aplikasi MyCuaca yang tersedia untuk iOS dan Android.

    Public InfoBanjir

    Jika anda mahu tahu tahap bahaya banjir semasa atau yang bakal berlaku, Public Info Banjir ialah platform yang lebih tepat. Laman web akan menunjukkan lokasi berpotensi banjir, paras air sungai, jumlah hujan dan maklumat lain yang berkaitan.

    Platform ini tidak interaktif, tetapi menyampaikan data yang lebih terperinci terutama untuk penduduk di kawasan berisiko banjir. Jika anda lihat kawasan berhampiran rumah mula mencatat paras air yang semakin tinggi, lebih baik simpan dokumen penting dalam bekas kalis air yang boleh terapung dan mula buat perancangan untuk ke kawasan lebih tinggi.

    Untuk akses lebih mudah, terdapat juga aplikasi mudah alih. Malah, Google Maps turut memaparkan maklumat cuaca daripada Public Info Banjir.

    "
    "

    Portal Bencana

    Jika anda mahukan platform yang lebih interaktif, Portal Bencana adalah pilihan yang baik. Laman ini memaparkan peta interaktif bergaya Google Maps di halaman utama dengan butang untuk menghidupkan atau mematikan paparan amaran hujan berterusan, amaran banjir, kualiti udara tidak sihat dan penutupan jalan. Terdapat juga pautan pantas ke pelbagai agensi dan platform berkaitan cuaca serta bencana seperti MetMalaysia dan Public Info Banjir.

    Itu sahaja ringkasan platform dalam talian yang boleh anda gunakan untuk menjejak keadaan cuaca di Malaysia. Semoga maklumat ini membantu anda bersedia dan mengelakkan risiko banjir serta hujan lebat pada tahun 2025 dan seterusnya. Jika ia bermanfaat, kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    [Terjemahan TechNaveEn]

     

    Artikel Terkini

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured