More

    Bitcoin ada tarikh luput? Google dedah tarikh kritikal untuk mata wang digital

    Sekumpulan penyelidik dari Google kini menetapkan tahun 2029 sebagai garis masa baharu untuk peralihan kepada kriptografi pasca-kuantum. Perkembangan ini memberi tekanan besar kepada ekosistem kripto seperti Bitcoin yang perlu beralih kepada teknik keselamatan baharu dalam tempoh beberapa tahun akan datang bagi mengelakkan risiko serangan komputer kuantum.

    Menurut Google, komputer kuantum berpotensi mengancam standard kriptografi sedia ada khususnya dalam aspek penyulitan dan tandatangan digital. Dua kertas kajian baharu menunjukkan bahawa sistem kriptografi penting kini boleh dipecahkan menggunakan kaedah kuantum dengan keperluan sumber yang jauh lebih rendah sehingga 10 kali ganda lebih efisien.

    Ia sekali gus meningkatkan kebarangkalian bahawa kunci peribadi boleh diperoleh daripada kunci awam dalam rangkaian kripto. Dalam konteks Bitcoin, ancaman ini bukan melibatkan pemintasan transaksi, tetapi kemungkinan penggodam memperoleh kunci peribadi pengguna yang secara langsung memberikan akses kepada aset mereka.

    Algoritma kuantum seperti Shor’s algorithm dilihat mampu mempercepatkan proses ini terutama terhadap alamat lama termasuk yang dikaitkan dengan Satoshi Nakamoto yang dianggarkan menyimpan lebih satu juta Bitcoin. Walaupun tiada komputer kuantum sedia ada yang mampu melaksanakan serangan sedemikian ketika ini, para penyelidik memberi amaran bahawa pembangunan teknologi tersebut bukan lagi sesuatu yang mustahil.

    Malah, salah seorang penyelidik menyatakan bahawa komputer kuantum jenis superconducting seperti yang sedang dibangunkan Google berpotensi memecahkan kunci dalam tempoh beberapa minit. Sebagai langkah mitigasi, Google mencadangkan beberapa pendekatan termasuk pemindahan dana daripada alamat lama ke alamat baharu serta peningkatan protokol kepada standard kriptografi pasca-kuantum.

    Namun, pelaksanaan perubahan ini bukan mudah terutamanya bagi rangkaian besar seperti Bitcoin yang terkenal dengan proses konsensus yang perlahan. Mata wang kripto lain seperti Ethereum juga tidak terkecuali dengan Ethereum Foundation dilaporkan telah mula merangka pelan peralihan bagi menghadapi ancaman ini. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Mashable SE Asia|X

     

    Artikel Terkini

    HONOR Watch 6 dilancar di Malaysia dengan GPS dwi jalur, NFC dan bateri 35...

    HONOR Malaysia secara rasmi melancarkan jam tangan pintar HONOR Watch 6 untuk pasaran tempatan dengan menawarkan bateri berkapasiti 980mAh yang mampu bertahan...

    CMF Clip Pro rasmi sebagai fon telinga “open-ear” pertama, sokong LDAC dan bateri 32.5...

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan CMF Clip Pro sebagai peranti fon telinga terbuka (open-ear) pertama dalam barisan produk mereka. Fon telinga ini menggunakan...

    Xbox Project Helix bakal sokong “game” lama menerusi sistem emulator rasmi

    Satu memo dalaman Microsoft yang ditiriskan mendedahkan bahawa mereka sedang membangunkan emulator rasmi untuk menyokong permainan rentas platform. Pembangunan ini bertujuan membolehkan...

    Amazon Prime Video jadi aplikasi strim pertama sokong HDR10+ ADVANCED

    Samsung Electronics mengumumkan bahawa Prime Video menjadi perkhidmatan penstriman pertama yang menawarkan standard paparan HDR10+ ADVANCED secara global bermula Ogos 2026. Ciri...

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured