More

    Black Shark 4 disahkan oleh CEO, dilengkapi cas pantas 120W dan bateri 4,500mAh

    [Kemas kini, 10:30 pagi] CEO Black Shark Luo Yuzhou telah mengesahkan bahawa produk baru yang akan dilancar adalah telefon Black Shark 4, namun ia masih belum dilancar secara rasmi. Beliau memuat naik sebuah gambar iklan yang menunjukkan pengecasan pantas dalam telefon tersebut, iaitu pengecasan 120W yang boleh mengecas bateri 4,500mAh sepantas 15 minit. Tiada maklumat tentang pelancarannya setakat ini.

    [Berita asal, 9:30 pagi] Pada 10 Januari, CEO Black Shark Luo Yuzhou telah mengumumkan di Weibo bahawa mereka akan melancarkan produk terbaru pada hari esoknya. Beliau tidak memberikan nama spesifik untuk produk tersebut, namun ia dijangka merupakan telefon pintar gaming andalan (flagship) seterusnya iaitu Black Shark 4.

    Sebagai produk andalan, telefon tersebut dijangka akan dilengkapi cipset Snapdragon 888. Pada minggu lepas, Luo Yuzhou turut menyifatkan telefon Black Shark seterusnya sebagai “kebal” (invincible).

    Sumber lain juga mengatakan ia bakal dilengkapi skrin Full HD+ dengan kadar segar semula 144Hz. Memandangkan kenyataan Luo dalam Weibo ditulis semalam pada 10 Januari, kita boleh jangkakan pengumuman pada hari ini.

    Jika anda berminat untuk memiliki telefon Black Shark 3 yang dilancar pada tahun lepas, anda boleh lihat senarai harga dan spesifikasi di sini.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan Black Shark 4 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Weibo

     

    Artikel Terkini

    Setel tambah ciri AI Voice Fuelling — Pengaktifan pam minyak tanpa sentuh

    Setel secara rasmi memperkenalkan fungsi baharu berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang dikenali sebagai Voice Fuelling. Ciri ini membolehkan pengguna mengaktifkan pam minyak...

    Siri Samsung Galaxy Tab S12 kini tersedia di Malaysia dengan MediaTek Dimensity 9500 dan...

    Samsung Malaysia mengumumkan ketersediaan siri tablet terbaharu mereka iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra untuk pasaran tempatan. Peranti datang...

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured