More

    Black Shark 4 versi baru dikesan di TEENA, hadir dengan reka bentuk yang minimal

    Sebelum ini, telefon gaming Xiaomi, Black Shark 4 versi biasa telah mendapat pengiktirafan dari agensi China, Telecommunications Equipment & Network Acceptance Agency (TENAA). Kini, versi baru untuk peranti ini pula telah muncul di laman web TEENA.

    Model Black Shark 4 kali ini mempunyai nombor model PRS-A0, berbeza dari nombor model KSR-A0 sebelum ini. Ia dilihat hadir dengan skrin LCD dengan sensor cap jari sisi serta logo Black Shark di panel belakangnya.

    Selain itu, ia juga dilengkapi butang suara di sisi kiri dan dua butang bahu di bahagian kanannya. Sedikit pelik, ia hadir dengan reka bentuk takuk titisan air yang jarang digunakan untuk sebuah telefon gaming.

    Pada bahagian belakang, ia menggunakan reka bentuk minimal dengan tiga kamera melintang dan satu lampu kilat LED yang kecil.

    Model ini mungkin adalah model yang berpatutan untuk siri Black Shark 4 kali ini.

    Adakah ianya bakal dipanggil Black Shark 4 Lite? Komen pendapat anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber : GSMArena

     

    Artikel Terkini

    Setel tambah ciri AI Voice Fuelling — Pengaktifan pam minyak tanpa sentuh

    Setel secara rasmi memperkenalkan fungsi baharu berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang dikenali sebagai Voice Fuelling. Ciri ini membolehkan pengguna mengaktifkan pam minyak...

    Siri Samsung Galaxy Tab S12 kini tersedia di Malaysia dengan MediaTek Dimensity 9500 dan...

    Samsung Malaysia mengumumkan ketersediaan siri tablet terbaharu mereka iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra untuk pasaran tempatan. Peranti datang...

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured