More

    Black Shark 5 dikesan dengan cipset Snapdragon 888+, mungkin dilancar tak lama lagi

    Selepas melancarkan siri Black Shark 4 pada Mac lalu, kini syarikat itu dalam usaha untuk melancarkan sebuah lagi telefon baharu. Menurut salah satu sumber, telefon baharu Black Shark itu menggunakan nombor model KTUS-A0 dan disahkan sebagai Black Shark 5. Selain itu, sumber terbabit turut menyatakan bahawa sebahagian besar ciri yang terdapat pada Black Shark 4 akan dikekalkan.

    Black Shark 5 mungkin akan dikuasakan oleh cipset Qualcomm Snapdragon 888+ dan sokongan pengecasan pantas 100W (mungkin 120W jika mengikut model sebelumnya). Selain itu, terdapat beberapa ciri yang telah didedahkan (dikekalkan daripada Black Shark 4) seperti paparan FHD+ Super AMOLED 6.67 inci dengan kadar penyegaran semula 144Hz, kadar pengambilan sentuhan multi jari 720Hz serta butang bahu mekanikal magnetik.

    Ciri-ciri lain termasuk modul RAM LPDDR5, penyimpanan UFS 3.1, motor getaran linear paksi-Z, sistem penyejukan cecair, bicu audio 3.5mm, pembesar suara stereo, port USB-C, bateri 4,500mAh dan antara muka JOYUI 12.5 atas Android 11.

    Nantikan berita lanjut mengenai peranti ini di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Gizmochina

     

    Artikel Terkini

    Setel tambah ciri AI Voice Fuelling — Pengaktifan pam minyak tanpa sentuh

    Setel secara rasmi memperkenalkan fungsi baharu berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang dikenali sebagai Voice Fuelling. Ciri ini membolehkan pengguna mengaktifkan pam minyak...

    Siri Samsung Galaxy Tab S12 kini tersedia di Malaysia dengan MediaTek Dimensity 9500 dan...

    Samsung Malaysia mengumumkan ketersediaan siri tablet terbaharu mereka iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra untuk pasaran tempatan. Peranti datang...

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured