More

    Black Shark Lucifer T14 dan Fun Cooler 3 Pro dilancar di Malaysia, berharga RM99 dan RM249

    Hari ini, Black Shark Malaysia telah melancarkan dua aksesori baharu untuk gamer mudah alih iaitu Lucifer T14 TWS dan Fun Cooler 3 Pro. Kedua-dua peranti kini boleh dibeli pada harga RM99 dan RM249 di mana anda boleh mendapatkannya di Shopee Black Shark, Lazada, kedai dalam talian TikTok serta pengedar sah.

    Bermula dengan fon telinga wayarles, Lucifer T14 mempunyai banyak fungsi seperti kawalan sentuh pintar, Bluetooth 5.0 dan kejelasan audio. Mungkin yang menyerlahkannya ialah kemasan matte lutsinar dan boleh digunakan sehingga 60 jam dalam mod sedia. Dengan sekali cas, fon telinga wayarles boleh berfungsi selama 6 jam dan sehingga 24 jam dengan bekas pengecasan.

    Fun Cooler 3 Pro dihasilkan bagi mengurangkan isu haba telefon anda apabila bermain game dalam tempoh yang lama. Pemasangan adalah universal jadi ia berfungsi dengan kebanyakan telefon pintar di pasaran termasuk iPhone. Aksesori ini mempunyai sistem penyejukan pantas 20W dengan kipas 7 bilah berkelajuan tinggi yang dapat menurunkan suhu telefon sebanyak 30 darjah. Terdapat saluran udara menegak juga untuk pelesapan haba.

    Pada masa ini, kedai rasmi Black Shark Shopee menganjurkan Peraduan Review & Win di mana pengguna boleh menyertai untuk memenangi baucar atau barangan bernilai sehingga RM 249. Apakah pendapat anda tentang Lucifer T14 TWS dan Fun Cooler 3 Pro? Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    BYD One Charge Challenge: 509KM tanpa cas, baki purata bateri masih 21%

    BYD Sime Motors mengumumkan kejayaan penganjuran One Charge Challenge yang melibatkan perjalanan pergi balik sejauh 509km antara Kuala Lumpur dan Gambang, Kuantan...

    Samsung pamer skrin masa depan untuk robot, kereta swapandu dan peranti AI

    Samsung Display baru-baru ini telah memperkenalkan beberapa inovasi paparan OLED terbaharu dalam acara IMID 2026. Acara itu menyaksikan penampilan julung kali teknologi...

    Redmi Watch 6 Active tiba dengan skrin AMOLED 1.85″ dan bateri tahan 18 hari...

    Terbaharu, Redmi Watch 6 Active dilancarkan di pasaran China dengan fokus kepada kelengkapan skrin jenis AMOLED, ketahanan bateri dan fungsi pemantauan kesihatan....

    HUAWEI cuba reka bentuk baharu? Pura X View dilancar dengan nisbah skrin 16:9.5

    HUAWEI melancarkan Pura X View di China sebagai telefon pintar rekaan paparan lebar pertama jenis standard tanpa skrin boleh lipat. Ia menjadi...

    Samsung Galaxy S26 FE makin hampir, Samsung umum acara pelancaran 27 Ogos ini

    Samsung Electronics mengumumkan penganjuran acara Galaxy Event August 2026 secara rasmi pada 27 Ogos 2026 jam 8 malam waktu Malaysia. Acara maya...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured