More

    Black Shark S1, GT dan GT Neo dilancar di Malaysia: Jam tangan pintar bermula RM99

    Jenama peranti gaming popular Black Shark kini meluaskan lagi rangkaian produknya di Malaysia dengan melancarkan tiga utas jam tangan pintar baharu iaitu Black Shark S1, Black Shark GT dan Black Shark GT Neo.

    Jam yang tercanggih ialah Black Shark S1, di mana ia dilengkapi skrin AMOLED 1.43 inci dengan resolusi 466×466, kadar bingkai 60fps dan 326 piksel per inci. Ia menawarkan penjejakan fungsi kesihatan 24 jam seperti penjejakan degupan jantung, tahap oksigen darah, kitaran tidur dan kitaran haid.

    Black Shark S1

    Pengguna juga boleh membuat panggilan telefon melalui hubungan Bluetooth. Jam ini mempunyai fungsi pembatalan hingar ENC untuk membenarkan anda merakam suara dengan jelas.

    Baterinya yang berkapasiti 330mAh menawarkan penggunaan selama 10 hari, atau sehingga 20 hari dalam mod standby. Ia mempunyai 100 mod sukan dan pengemudian GPS untuk menjejak lokasi aktiviti anda.

    Black Shark S1 akan dijual pada harga RM299.

    Black Shark GT

    Black Shark GT pula dijual pada harga yang lebih rendah, ia dilengkapi skrin AMOLED berukuran 1.78 inci dengan resolusi 368×448 dan 326 piksel per inci. Baterinya lebih kecil berbanding Black Shark S1, dengan kapasiti 270mAh dan boleh bertahan sehingga 10 hari.

    Selain daripada itu, ia mempunyai kebanyakan fungsi sama yang terdapat pada Black Shark S1. Black Shark GT akan dijual pada harga RM199.

    Black Shark GT Neo

    Black Shark GT Neo ialah model yang paling mampu milik di antara ketiga-tiga jam tangan baharu ini. Ia menawarkan skrin paling besar, 2.02 inci dengan panel TFT, resolusi 240×296 dan 189 piksel per inci. Baterinya berkapasiti 270mAh dan boleh bertahan selama tujuh hari sahaja.

    "
    "

    Walaupun ia adalah jam yang paling murah, ia masih dilengkapi fungsi-fungsi yang terdapat pada GT dan S1, seperti panggilan telefon ENC, penjejakan kesihatan 24 jam, pengemudian GPS dan 100 mod sukan.

    Black Shark GT Neo akan dijual pada harga RM99 sahaja pada 17 dan 18 Ogos 2023 di laman Black Shark Malaysia Shopee Official Store. Selepas dua hari tersebut, ia akan dijual pada harga pasaran iaitu RM149.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat untuk memiliki mana-mana jam tangan di atas dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Google ubah had Gemini bermula 9 Oktober ini, pengguna percuma kena ambil tahu

    Google mengumumkan pelarasan baharu terhadap ketersediaan model dan had penggunaan untuk aplikasi Gemini menerusi akaun peribadi. Perubahan berkuat kuasa secara rasmi bermula...

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured