More

    BlackBerry dan UKM jalin kerjasama bangunkan generasi baharu pakar siber Malaysia

    BlackBerry Limited dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) hari ini menandatangani memorandum persefahaman (MoU) untuk membangunkan bakat muda dalam bidang keselamatan siber dan perisian tertanam selaras usaha negara memperkukuh keupayaan digital serta daya saing serantau.

    Majlis menandatangani MoU disaksikan Menteri Pendidikan Tinggi, Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abdul Kadir dan Menteri Perdagangan Antarabangsa Kanada, The Honourable Maninder Sidhu sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 di Kuala Lumpur.

    Kerjasama bakal memberi peluang kepada pelajar dan pensyarah UKM mengikuti latihan industri, penyelidikan bersama, pensijilan global dalam bidang keselamatan siber dan sistem tertanam menerusi program global QNX® Everywhere. Program tersebut juga menyediakan lesen bukan komersial, latihan dan bimbingan pakar kepada peserta.

    Selain itu, UKM memperkenalkan Trustworthy Professionals Program iaitu inisiatif bersama BlackBerry dan Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) untuk memberi latihan kemahiran siber serta nilai etika kepada 50 belia kurang bernasib baik.

    Kerjasama strategik ini dijangka memperkukuh ekosistem pendidikan, inovasi dan keselamatan digital negara selaras aspirasi Malaysia menuju ekonomi berasaskan pengetahuan. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...