More

    BMW 3 Series dilancar di Malaysia, miliki varian hybrid bermula RM283K

    BMW Malaysia melancarkan Edisi BMW 3 Series terbaharu di Malaysia yang menampilkan dua varian petrol dan satu varian hibrid plug-in. Tiga varian bagi jentera BMW 3 Series yang baharu ini ialah BMW 320i M Sport, BMW 330i M Sport dan BMW 330e M Sport.

    BMW 3 Series didatangkan bersama BMW Curved Display, set roda aloi ringan M 18 inci, dwiwarna 848 M berserta dengan saiz tayar hadapan dan belakang yang berlainan. Untuk suspensi, varian petrol mendapat suspensi M Sport manakala BMW 330e M Sport pula akan didatangkan dengan suspensi M Adaptif.

    BMW 3 Series pakej M Sport menonjolkan penampilan dinamik sedan dengan pakej M Aerodynamics dan Garisan Bumbung M berglos tinggi. BMW Curved Display hadir dengan Skrin Paparan Informasi 12.3 inci di samping Skrin Paparan Kawalan berciri sentuh 14.9 inci yang diintegrasikan tanpa rangka.

    BMW 320i M Sport memuatkan enjin empat silinder sebaris yang membekalkan maksimum 184 kk (135 kW) dan 300 Nm tork yang mampu memecut dari kelajuan 0 hingga 100 km/j dalam masa 7.4 saat sahaja. Kelajuan tertinggi yang dihadkan adalah pada 235 km/j.

    Bagi BMW 330i M Sport, enjin empat silinder sebaris miliknya membekalkan maksimum 258 kk (190 kW) dan 400 Nm tork serta 0 – 100km/j dicatat dalam masa 5.8 saat sahaja. Manakala kelajuan tertingginya dihadkan pada paras 250km/j.

    BMW 330e M Sport iaitu kereta hibrid plug-in mampu menjana output gabungan maksimum berjumlah 292 kk (215 kW) dan 420 Nm tork dengan motor elektrik yang menjana 109 kk (80 kW) serta 265 Nm tork. Ia membolehkan jentera ini membuat pecutan 0 – 100km/j dalam masa 5.8 saat dan kelajuan tertingginya dihadkan pada paras 230 km/j.

    Sebagai standard, varian-varian BMW 3 Series baharu akan didatangkan dengan transmisi Steptronic Sport lapan kelajuan dan BMW Live Cockpit Professional yang dikuasakan oleh versi Sistem Operasi BMW 8 yang terkini. Ia membolehkan pengguna berinteraksi dengan kenderaan ini di samping mengawal fungsi-fungsi melalui BMW Intelligent Personal Assistant.

    Ciri-ciri digital standard yang lain meliputi Comfort Access, Pengemaskinian Perisian Jarak Jauh dan BMW ID. Dengan aplikasi My BMW, pemandu juga boleh mengakses pelbagai fungsi sokongan untuk pengalaman mobiliti yang sempurna.

    "
    "

    BMW 320i M Sport berharga RM283,800 diikuti oleh BMW 330e M Sport berharga RM298,800 dan BMW 330i M Sport berharga RM317,800. Pemilik BMW 3 Series baharu akan menerima pengalaman Pemilikan Premium BMW Group Malaysia yang lengkap yang merangkumi:

    • Waranti Tanpa Had Perbatuan Bertempoh 5 Tahun oleh BMW serta Program Servis Berjadual Percuma
    • Bantuan Tepi Jalan dan Talian Kemalangan oleh BMW
    • Aplikasi Mudah Alih ‘BMW Group Loyalty+’ – Kad Keistimewaan BMW
    • Servis Dalam Talian BMW

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Samsung pamer skrin masa depan untuk robot, kereta swapandu dan peranti AI

    Samsung Display baru-baru ini telah memperkenalkan beberapa inovasi paparan OLED terbaharu dalam acara IMID 2026. Acara itu menyaksikan penampilan julung kali teknologi...

    Redmi Watch 6 Active tiba dengan skrin AMOLED 1.85″ dan bateri tahan 18 hari...

    Terbaharu, Redmi Watch 6 Active dilancarkan di pasaran China dengan fokus kepada kelengkapan skrin jenis AMOLED, ketahanan bateri dan fungsi pemantauan kesihatan....

    HUAWEI cuba reka bentuk baharu? Pura X View dilancar dengan nisbah skrin 16:9.5

    HUAWEI melancarkan Pura X View di China sebagai telefon pintar rekaan paparan lebar pertama jenis standard tanpa skrin boleh lipat. Ia menjadi...

    Samsung Galaxy S26 FE makin hampir, Samsung umum acara pelancaran 27 Ogos ini

    Samsung Electronics mengumumkan penganjuran acara Galaxy Event August 2026 secara rasmi pada 27 Ogos 2026 jam 8 malam waktu Malaysia. Acara maya...

    Siri REDMI Note 17 bakal dilancar secara rasmi di Malaysia pada 2 September ini

    Xiaomi secara rasmi mengumumkan bahawa siri REDMI Note 17 bakal dilancarkan untuk pasaran Malaysia pada 2 September 2026. Selain pengumuman tarikh pelancaran,...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured