More

    BMW Malaysia perkenalkan BMW i4 eDrive35 M Sport 2025 dengan pemasangan tempatan

    BMW Malaysia melancarkan BMW i4 eDrive35 M Sport 2025, model sedan elektrik sepenuhnya yang kini dipasang secara tempatan (CKD) di Kulim, Kedah. Model ini mencerminkan komitmen BMW terhadap mobiliti elektrik dan sokongan kepada industri automotif tempatan.

    BMW i4 eDrive35 M Sport dikuasakan oleh motor elektrik tunggal dengan output 286 hp dan tork 400 Nm yang mampu memecut dari 0-100 km/j dalam 6 saat. Baterinya berkapasiti 70.2 kWh menawarkan jarak pemanduan sehingga 500 km. Pengecasan pantas DC membolehkan cas 80% dalam hanya 32 minit.

    BMW i4 eDrive35 M Sport hadir dengan siluet coupé elegan, rim aerodinamik M 19 inci serta paparan melengkung BMW yang menggabungkan skrin 12.3 inci dan 14.9 inci. Ruang dalaman pula menggunakan upholsteri PerformTex M yang mesra alam. Harga atas jalan bermula dari RM294,800 dan terdapat pilihan pakej servis serta pembaikan tambahan.

    BMW Malaysia menawarkan pelan pembiayaan fleksibel melalui BMW Group Financial Services dengan ansuran serendah RM4,064 sebulan. Pemilik juga mendapat jaminan bateri selama 8 tahun atau 160,000 km. Dengan pemasangan tempatan (CKD), BMW i4 eDrive35 M Sport kali ini ditawarkan pada harga yang lebih kompetitif.

    Beritahu kami di Facebook jika berminat dengan BMW i4 eDrive35 M Sport 2025 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured