More

    BNM: Bank perlu bayar mangsa “scam” jika ia disebabkan oleh masalah dalam sekuriti bank

    Sewaktu semakan ramai rakyat Malaysia menjadi mangsa penipuan (scam) dan kepercayaan terhadap sistem perbankan semakin merudum, Bank Negara Malaysia (BNM) mengatakan insititusi kewangan (FI) seperti bank perlu menanggung tanggungjawab penuh terhadap sebarang kerugian yang disebabkan oleh transaksi tidak diiktiraf, kerana kelopongan dalam kawalan sekuriti mereka.

    BNM menjelaskan bahawa pembayaran penuh hanya akan dilakukan jika penipuan tersebut berlaku kerana kelopongan dalam kawalan sekuriti FI. Jika penipuan tersebut disebabkan oleh kecuaian mangsa, ia akan disiasat oleh bank dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pembayaran semula bergantung kepada kes masing-masing.

    Dalam usaha untuk mengukuhkan perlindungan hak pengguna, BNM telah mengeluarkan polisi tambahan untuk memastikan FI melayan mangsa penipuan dengan adil, serta melakukan penyiasatan yang teliti untuk setiap kes penipuan. Jika sebuah kes penipuan itu disebabkan oleh kecuaian pada kedua-dua belah pihak, mangsa akan berpeluang menerima pampasan yang sepatutnya.

    Mangsa penipuan boleh membuat sebarang aduan kepada Unit Aduan FI yang terlibat. Jika mangsa tidak bersetuju dengan hasil siasatan atau pampasan daripada FI, beliau berhak memfailkan laporan kepada Financial Services Ombudsman (www.ofs.org.my) iaitu sebuah badan bebas yang boleh menyelesaikan pertelingkahan kewangan.

    BNM berkata FI perlu memfailkan laporan transaksi meragukan (STR) kepada BNM apabila FI mendapati sesebuah transaksi itu mempunyai elemen penipuan atau pelanggaran undang-undang, tanpa mengira amaun yang terlibat. Kegagalan untuk memfailkan STR adalah satu kesalahan bawah Akta Anti-Pengubahan Wang, Anti-Pembiayaan Keganasan dan Sumbangan kepada Aktiviti Jenayah 2001 (AMLA), dan boleh diambil tindakan.

    Kami berharap para pembaca akan mengetahui hak ini jika mereka menjadi mangsa penipuan yang disebabkan oleh kecuaian pihak bank. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: NST

     

    Artikel Terkini

    Netflix naik harga lagi di Malaysia, langganan kini cecah RM69.90 sebulan

    Netflix mengumumkan penyemakan semula kadar yuran langganan bulanan di Malaysia yang melibatkan semua peringkat pelan serta penambahan slot ahli. Kenaikan harga ini...

    Starship tamatkan fasa ujian, satelit Starlink V3 akan mula dibawa ke orbit

    SpaceX menyasarkan 18 September bagi pelaksanaan ujian penerbangan ke-14 roket Starship dari tapak pelancaran Starbase di Texas. Misi ini dijangka membawa perubahan...

    HONOR Magic9 Super Edition bakal tiba dengan bateri 11,000mAh dan paparan 165Hz

    HONOR dilaporkan sedang membangunkan telefon pintar mercu baharu menerusi model HONOR Magic9 Super Edition. Berdasarkan maklumat kebocoran spesifikasi yang tertumpu pada siri...

    Apple naikkan harga iPhone di Malaysia sehingga RM1,300

    Apple secara senyap telah mengemaskini senarai harga rasmi bagi beberapa model telefon pintar sedia ada di Malaysia. Pelarasan ini melibatkan model siri...

    Apple Watch Ultra 4 turut rasmi dengan cip S11, bateri 50 jam dan GPS...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Ultra 4 untuk pasaran Malaysia yang kini dikuasakan oleh cip baharu S11 dan didatangkan dengan kerangka...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured