More

    BNM mungkin kenakan penalti untuk bank yang sering alami gangguan perkhidmatan dalam talian

    Timbalan Menteri Kewangan Malaysia, Lim Hui Ying di Dewan Rakyat semalam mendedahkan bahawa Bank Negara Malaysia (BNM) sedang mempertimbangkan untuk mengambil tindakan penyeliaan dan mengenakan penalti ke atas pelanggaran peruntukan kawal selianya. Ini termasuk insiden gangguan perkhidmatan perbankan dalam talian baru-baru ini.

    Menurut sumber, Lim menjelaskan bahawa tindakan susulan yang sewajarnya akan bergantung kepada penilaian punca dan kesan gangguan daripada institusi yang terjejas. Ini adalah mengikut Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 (IFSA).

    Mengenai insiden gangguan perkhidmatan dalam talian baru-baru ini, Lim menegaskan bahawa BNM telah mengambil tindakan segera untuk mengarahkan institusi perbankan yang terlibat untuk menentukan punca gangguan dan seterusnya menetapkan langkah pembetulan serta pencegahan yang sesuai bagi mengelak isu serupa berulang.

    Di samping itu, bank telah diarahkan untuk berkomunikasi dengan pelanggan yang terjejas termasuk memberi maklum balas segera kepada sebarang aduan dan pertanyaan yang disebabkan oleh gangguan tersebut.

    Selain itu, Lim juga menegaskan BNM memantau rapi keadaan bagi memastikan institusi perbankan terbabit memulihkan perkhidmatan perbankan seperti biasa secepat mungkin termasuk mengenakan penalti bagi gangguan berulang.

    Di bawah FSA 2013 dan IFSA 2013, BNM mempunyai kuasa untuk mengenakan tindakan penyeliaan dan penguatkuasaan terhadap institusi kewangan yang didapati tidak mematuhi mana-mana peruntukan dokumen polisi yang berkaitan. Apakah pendapat anda tentang kenyataan ini?

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Bernama

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    Samsung janji 5 tahun sokongan kemas kini Untuk Galaxy Watch9 Dan Watch Ultra2

    Samsung secara rasmi mengumumkan peningkatan polisi sokongan perisian bagi jam tangan pintar terbaharunya iaitu Galaxy Watch9 dan Galaxy Watch Ultra2 sewaktu acara...

    Qualcomm bakal lancar SD 8 Elite Gen 5 lebih murah untuk telefon “flagship killer”

    Qualcomm didakwa sedang menghasilkan versi baharu bagi cipset Snapdragon 8 Elite Gen 5 yang dijadualkan dilancarkan ke pasaran lewat tahun ini. Cip...

    Google kini benarkan log masuk akaun guna video selfie

    Google secara rasmi memperkenalkan kaedah log masuk baharu menerusi rakaman video selfie bagi pengguna yang terputus akses atau terkunci daripada Akaun Google...

    Siri HUAWEI Pura 90s tersedia di Malaysia — Dilengkapi kamera 200MP bermula RM3,699

    HUAWEI secara rasmi melancarkan siri HUAWEI Pura 90s dan fon telinga terbuka HUAWEI FreeClip 2 S untuk pasaran Malaysia. Model utama HUAWEI...

    HMD mahu hidupkan semula pengalaman Nokia Lumia pada Android

    HMD Global dilaporkan sedang menguji antaramuka pengguna berasaskan rekaan tile yang menyerupai konsep Live Tiles daripada era Lumia dan Windows Phone. Maklumat...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured