More

    BNM nasihatkan rakyat Malaysia menyemak dengan teliti terma dan syarat SLoan sebelum mendaftar

    Sebelum ini, kami melaporkan bahawa Shopee telah melancarkanĀ SLoanĀ iaitu pinjaman pembiayaan digital sehingga RM120,000 untuk penjual di platform. Kini, Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengeluarkan kenyataan berhubung SLoan, menasihati orang ramai supaya menyemak dengan teliti terma dan syarat produk sebelum memohon atau menerima.

    Menurut sumber, BNM menyeru orang ramai membuat keputusan sebelum membuat komitmen kepada mana-mana produk pembiayaan. BNM seterusnya menjelaskan bahawa SLoan adalah produk pembiayaan peribadi yang ditawarkan oleh SeaMoney Capital Malaysia Sdn Bhd yang dilesenkan oleh Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan di bawah Akta Pemberi Pinjaman Wang 1951.

    Selain itu, BNM juga menasihatkan orang ramai untuk menghubungi BNMTELELINK dengan menggunakan borang digital di sini untuk sebarang pertanyaan mengenai kesahihan perkhidmatan pinjaman seperti SLoan. Dalam pada itu, SLoan mempunyai kadar faedah nominal sehingga 18 peratus setiap tahun dengan kadar faedah 1.5 peratus sebulan.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

     

    Artikel Terkini

    Netflix naik harga lagi di Malaysia, langganan kini cecah RM69.90 sebulan

    Netflix mengumumkan penyemakan semula kadar yuran langganan bulanan di Malaysia yang melibatkan semua peringkat pelan serta penambahan slot ahli. Kenaikan harga ini...

    Starship tamatkan fasa ujian, satelit Starlink V3 akan mula dibawa ke orbit

    SpaceX menyasarkan 18 September bagi pelaksanaan ujian penerbangan ke-14 roket Starship dari tapak pelancaran Starbase di Texas. Misi ini dijangka membawa perubahan...

    HONOR Magic9 Super Edition bakal tiba dengan bateri 11,000mAh dan paparan 165Hz

    HONOR dilaporkan sedang membangunkan telefon pintar mercu baharu menerusi model HONOR Magic9 Super Edition. Berdasarkan maklumat kebocoran spesifikasi yang tertumpu pada siri...

    Apple naikkan harga iPhone di Malaysia sehingga RM1,300

    Apple secara senyap telah mengemaskini senarai harga rasmi bagi beberapa model telefon pintar sedia ada di Malaysia. Pelarasan ini melibatkan model siri...

    Apple Watch Ultra 4 turut rasmi dengan cip S11, bateri 50 jam dan GPS...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Ultra 4 untuk pasaran Malaysia yang kini dikuasakan oleh cip baharu S11 dan didatangkan dengan kerangka...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured