More

    Boost raikan ulang tahun ke-7 dengan kadar faedah 5% istimewa dalam Boost Bank

    Hari ini, Boost meraikan ulang tahunnya yang ke-7. Bersempena ulang tahunnya, Boost Bank kini memberi ganjaran kepada semua rakyat Malaysia dengan kadar faedah harian 5% setahun melalui Boost Birthday Jar yang akan berlangsung sehingga penghujung Oktober 2024.

    Untuk menikmati kadar faedah harian 5% setahun istimewa ini, anda hanya perlu membuka akaun Boost Bank dan memasukkan wang ke dalam Birthday Jar. Selain memperoleh sehingga 70 juta Boost Stars, membeli-belah di Bataras, CKS RETAIL, FARLEY dan Servay juga boleh menikmati kadar faedah harian 5% setahun dengan membuat transaksi bulanan minimum RM50 melalui aplikasi eWallet Boost dan pulangan tunai RM5.

    Selain itu, terdapat juga kad debit Boost Bank baharu yang dikuasakan oleh Payments Network Malaysia (PayNet) dan Mastercard yang membolehkan pengguna membuat transaksi di lebih 100 juta lokasi di seluruh dunia.

    Sebagai sebahagian daripada promosi istimewa, pelanggan yang memesan Kad Debit Bank Boost Bank fizikal antara sekarang dan 31 Disember 2024 akan menerima pulangan tunai RM10 dan menikmati sifar yuran tahunan untuk tahun pertama. Kad boleh dipesan melalui aplikasi Boost Bank di bawah tab ‘Kad’ dan akan dihantar secara percuma.

    Untuk mengaktifkan pulangan tunai RM5, pengguna boleh menebus melalui kod penebusan ini:

    • “BOOSTSERVAY” untuk Pasar Besar Servay
    • “BOOSTBATARAS” untuk Bataras
    • “BOOSTCKS” untuk CKS RETAIL
    • “BOOSTFARLEY” untuk FARLEY

    Untuk mempromosikan ciri baharu ini, Boost Bank telah bekerjasama dengan beberapa kedai di seluruh Sabah dan Sarawak sepanjang beberapa bulan akan datang untuk mendidik pengguna dalam beberapa siri jerayawara. Untuk maklumat lanjut, anda boleh klik di sini. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...