More

    Boost Bank tawar faedah harian 3.5% dan “cashback” RM3 untuk bayaran bil TNB

    Boost Bank kini menjalinkan kerjasama dengan Tenaga Nasional Berhad (TNB) bagi melancarkan kempen khas untuk para pengguna yang menawarkan ganjaran menarik termasuk faedah harian sebanyak 3.5% setahun melalui TNB Jar eksklusif serta pulangan tunai (cashback) RM3 untuk bayaran bil TNB.

    Kempen ini berlangsung mulai sekarang hingga 31 Ogos 2025 dan terbuka kepada pelanggan baharu Boost Bank. Untuk layak, pengguna hanya perlu:

    1. Buka akaun Boost Bank
    2. Buat bayaran minimum RM50 untuk bil TNB melalui kad debit Boost Bank atau aplikasi Boost Wallet

    Selepas pembayaran dibuat, pelanggan boleh menyimpan sebarang jumlah dalam TNB Jar dan terus mula menikmati faedah harian 3.5% setahun. Untuk mengekalkan faedah ini sepanjang tempoh kempen, pelanggan perlu terus membayar bil TNB sekurang-kurangnya RM50 setiap bulan menggunakan kaedah yang sama.

    Selain itu, Boost turut menawarkan pulangan tunai RM3 bagi semua pengguna yang membayar bil TNB berjumlah RM50 atau lebih melalui aplikasi Boost Wallet. Tawaran ini sah dari 4 Jun hingga 31 Julai 2025 dan pulangan tunai akan dikreditkan ke Partner Wallet khas yang boleh digunakan untuk tolak bayaran bil TNB seterusnya (jika melebihi RM50).

    Setiap pelanggan layak menerima sehingga dua kali cashback tertakluk kepada 5,000 penebusan pertama secara siapa cepat dia dapat. Untuk maklumat lanjut, pengguna boleh layari laman rasmi Boost Bank berkaitan kempen ini. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...