More

    Boost dapat Lesen Bank Digital oleh BNM, perbaharui jenama dan umum rancangan ‘Be Unstoppable’

    Setelah mendapat Lesen Bank Digital daripada Bank Negara Malaysia (BNM), Boost telah mengumumkan rancangan baharu bagi bulan-bulan akan datang dan untuk tahun 2023. Pembaharuan ini merupakan fasa seterusnya selepas penjenamaan semula Boost pada tahun lepas untuk menyatukan perkhidmatan kewangan digital Axiata. 

    Boost yang dikenali sebagai eDompet telah meluaskan tawaran pembayaran tanpa tunai dengan meliputi pinjaman alternatif, teknologi insurans (insurtech) dan perkhidmatan pembayaran rentas sempadan. Syarikat ini mencatat pertumbuhan kukuh dalam penarafan gred pelaburan A1 daripada RAM bagi perniagaan pembiayaan dan kejayaan memperolehi Lesen Perbankan Digital. 

    Sejak awal tahun, ekosistem teknologi kewangan menyeluruh Boost yang merangkumi aplikasi teknologi kewangan pengguna, penyelesaian bagi peniaga, perniagaan pembiayaan berasaskan AI, dan juga platform pembayaran rentas sempadan terus mencapai mercu jaya baharu. Ini jelas dilihat daripada nilai transaksi kasar keseluruhan (Gross Transactional Value) yang meningkat 26.8% sejak awal tahun (Year-To-Date), mencecah RM2.9 bilion pada separuh pertama 2022, dengan hasil bersih mengikuti pertumbuhan trajektori yang sama. 

    Boost mencatatkan peningkatan YoY lebih 2 kali dari segi nilai pembiayaan yang diberikan di seluruh rantau, peningkatan 43.1% dalam bilangan titik sentuhan peniaga yang mencecah lebih 500,000 peniaga di seluruh Malaysia dan Indonesia, peningkatan 10.5% dalam bilangan pengguna sehingga lebih 10 juta serta pertumbuhan 4 angka bagi penggunaan BoostBills..

    Dengan BoostBills, pengguna boleh menyemak dan membayar beberapa bil sekali gus secara automatik bagi lebih 50 perkhimatan bil. Ciri ini mendapat sambutan yang luar biasa dengan peningkatan tahunan lebih 5,800% dalam bilangan pembayaran bil secara automatik dan lebih 4,000% dalam pembayaran beberapa bil sekali gus di BoostBills. 

    Jenama ini membawa nafas baharu sebagai jenama fintech serantau spektrum penuh yang memperkasakan pengguna dan peniaga dari segi kewangan. Jenama baharu Boost menampilkan penambah baikan logo dengan warna merah yang lebih pekat dan disusuli oleh laluan beraneka warna sambil memaparkan cogan kata baharu ‘Be Unstoppable’. 

    Dalam tempoh beberapa bulan akan datang, pelanggan Boost boleh memanfaatkan ciri penyelesaian pinjaman, simpanan  dan pelaburan yang lebih baik. Malah, jenama ini juga akan menceburi pasaran baharu sambil mengukuhkan operasi di Indonesia sebagai persediaan menjadi sebuah bank digital. 

    Di samping itu, syarikat tersebut sedang meluaskan tawaran di Indonesia dengan kerjasama syarikat barangan pengguna laris, telekomunikasi, penyedia direct-to-home content dan lain-lain. Mereka juga sedang meninjau kemungkinan  untuk menyesuaikan model pinjaman berasaskan teknologi kewangan untuk menyediakan penyelesaian dan produk nilai tambah kepada peniaga..

    "
    "

    Akhir sekali, Boost juga umumkan rangkaian produk baharu bagi pengguna dan juga peniaga yang bakal dilancarkan sepanjang 2022 dan 2023 dengan ganjaran menarik termasuk saiz dompet lebih besar dan banyak lagi. Salah satu daripada perkhidmatan terkini yang dilancarkan adalah Biz Booster premium baharu iaitu alat analisis data sebagai perkhidmatan (DaaS) untuk membolehkan pengguna menjangkaui sempadan dan meluaskan lagi perniagaan masing-masing. 

    Ketahui lebih lanjut mengenai pembaharuan jenama ini di laman web rasmi Boost. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...