More

    Boost perkenal PayFlex, PayLater patuh Syariah untuk semua transaksi aplikasi

    Boost kini meluaskan penyelesaian PayLater patuh Syariah mereka, Boost PayFlex ke semua transaksi dalam aplikasi dan pembayaran kod QR. Pengguna dengan akaun Premium Wallet di aplikasi Boost yang telah dipra-skor akan mendapat akses lebih meluas kepada saluran kredit terkawal patuh Syariah.

    Saluran kredit ini boleh digunakan untuk ansuran pembayaran hingga tiga bulan melebihi daripada 1.8 juta peniaga DuitNow QR di Malaysia termasuk penggunaannya untuk menambah baki eDompet dalam pelbagai transaksi aplikasi Boost. Produk patuh Syariah, Boost PayFlex berdasarkan konsep Murabahah Komoditi, memberikan penjelasan yang telus bagi caj-caj yang dikenakan termasuk fi wakalah dan kadar keuntungan.

    Pengguna yang ingin mengakses Boost PayFlex perlu melengkapkan pengesahan e-KYC dan naik taraf ke akaun Premium Wallet Boost secara percuma. Setelah proses pengaktifan selesai, pengguna dapat menggunakan saluran kredit mereka untuk pembiayaan fleksibel dengan perbelanjaan tertunda dan jadual pembayaran balik yang dapat dipantau secara real-time.

    Setiap ringgit yang dibelanjakan melalui Boost PayFlex memberikan pengguna sehingga tiga Boost Stars yang boleh ditukar untuk mendapatkan diskaun dan ganjaran melalui Program Kesetiaan BoostUP. Untuk maklumat lanjut tentang Boost PayFlexTM, pengguna dapat melawat laman web rasmi Boost.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured