More

    Borderlands: The Handsome Collection kini percuma di Epic Games Store

    Seperti yang sudah dijangkakan, Epic Games Store kini memberikan peluang untuk anda memuat turun game Borderlands: The Handsome Collection secara percuma! Game ini merupakan game percuma seterusnya selepas GTA 5 percuma pada minggu lalu. Anda boleh memuat turun bermula sekarang sehingga 4 Jun 2020. Ayuh beraksi dalam dunia Pandora secara percuma!

    Terdahulu, kami telah memaklumkan mengenai senarai game percuma yang telah diberikan dan bakal diagihkan melalui Epic Games Store. Game percuma terdahulu termasuklah GTA 5 yang mengakibatkan pelayan Epic Games dan GTA V Online terjejas teruk akibat kehadiran ramai pemain baru. Seterusnya, ia disusuli dengan Civilization VI dan kini Borderlands: The Handsome Collection.

    Borderlands: The Handsome Collection mengandungi Borderlands 2 dan Borderlands Pre-Sequel. Untuk pengetahuan anda, game ini sebenarnya berharga $34.99 (~RM152), jadi ini merupakan peluang emas untuk anda memuat turunnya secara percuma. Anda boleh menyemak spesifikasi minimum PC atau komputer anda di sini untuk memuat turun game ini (kami turut berdukacita jika PC anda tidak melepasi keperluan minimum).

    Sudahkah anda memuat turunnya? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Apple bangunkan hub rumah pintar dengan Siri AI, FaceTime dan AirPlay

    Apple dilaporkan sedang membangunkan peranti hub rumah pintar baharu yang berfungsi untuk mengawal peranti HomeKit, berinteraksi dengan Siri AI, membuat panggilan FaceTime,...

    WhatsApp tambah Parental Control, ibu bapa boleh kawal privasi anak

    WhatsApp melancarkan set kawalan ibu bapa baharu yang fleksibel dan bersifat pilihan bagi membantu mengurus penggunaan aplikasi dalam kalangan remaja. Ia dibangunkan...

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured