More

    Bowers & Wilkins Px7 S3 dan Pi8 McLaren Edition dilancar di Malaysia, fon telinga premium bermula RM2,399

    Untuk para penggiat audio yang gemar kelengkapan audio premium, Bowers & Wilkins memperkenalkan dua model baharu untuk pasaran Malaysia iaitu fon kepala wayarles Bowers & Wilkins Px7 S3 dan fon telinga wayarles Bowers & Wilkins Pi8 McLaren Edition.

    Bowers & Wilkins Px7 S3

    Fon kepala ini merupakan model yang tercanggih dalam siri Px7 untuk memenuhi keperluan audiophile. Ia mempunyai pemacu biocellulose drive units 40mm untuk hasilkan kualiti audio yang tinggi, serta teknologi aptX Adaptive 24/96 dan aptX Lossless untuk memastikan kualiti wayarles yang tinggi dalam sebarang frekuensi.

    Ia turut mempunyai pembatalan hingar aktif (ANC) yang dikuasakan oleh lapan mikrofon untuk pembatalan hingar yang efektif. Sewaktu membuat panggilan telefon, teknologi ADI Pure Voice akan memastikan kualiti suara yang jelas.

    Untuk keselesaan, ia mempunyai kusyen memory foam yang selesa dipakai walaupun dalam tempoh lama dan kusyen ini boleh diganti untuk penggunaan jangka panjang. Baterinya pula boleh memainkan muzik selama 30 jam dengan ANC diaktifkan, manakala pengecasan selama 15 minit sahaja sudah cukup untuk penggunaan selama tujuh jam.

    Aplikasi Bowers & Wilkins Music App boleh diguna untuk melaras pelbagai tetapan seperti five-band equaliser, audio ruangan (spatial audio), True Sound Mode dan lain-lain.

    Bowers & Wilkins Px7 S3 akan dijual dalam pasaran Malaysia pada harga RM2,399 bermula 15 Mei 2025. Ia akan ditawarkan dalam pilihan warna Anthracite Black, Canvas White serta Indigo Blue.

    Bowers & Wilkins Pi8 McLaren Edition

    Fon telinga edisi khas ini menampilkan warna khas Papaya Orange atau Galvanic Grey, dan pelbagai hiasan khas bertemakan jenama permotoran ternama McLaren. Ia dibina dengan teknologi Carbon Cone Technology bagi menghasilkan kualiti audio yang jelas dan imersif untuk muzik, game, filem dan banyak lagi.

    Ia mempunyai teknologi aptX Adaptive dan aptX Lossless bagi memastikan kualiti wayarles yang tinggi, serta rating kalis air IP54. Bowers & Wilkins Pi8 McLaren Edition akan dijual dalam pasaran Malaysia pada harga RM2,999 bermula 15 Mei 2025.

    "
    "

    Kedua-dua peranti di atas boleh didapati dalam laman web TC Acoustics dan Lazada, atau kedai-kedai fizikal Sonos Concept Store @ Starhill, TMT Megastore Sunway Pyramid, TMT Mid Valley Megamall, Flash Gadget: The Gardens Mall, PC Image: The Mall, dan PC Image: Mid Valley Southkey.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan fon telinga ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Samsung janji 5 tahun sokongan kemas kini Untuk Galaxy Watch9 Dan Watch Ultra2

    Samsung secara rasmi mengumumkan peningkatan polisi sokongan perisian bagi jam tangan pintar terbaharunya iaitu Galaxy Watch9 dan Galaxy Watch Ultra2 sewaktu acara...

    Qualcomm bakal lancar SD 8 Elite Gen 5 lebih murah untuk telefon “flagship killer”

    Qualcomm didakwa sedang menghasilkan versi baharu bagi cipset Snapdragon 8 Elite Gen 5 yang dijadualkan dilancarkan ke pasaran lewat tahun ini. Cip...

    Google kini benarkan log masuk akaun guna video selfie

    Google secara rasmi memperkenalkan kaedah log masuk baharu menerusi rakaman video selfie bagi pengguna yang terputus akses atau terkunci daripada Akaun Google...

    Siri HUAWEI Pura 90s tersedia di Malaysia — Dilengkapi kamera 200MP bermula RM3,699

    HUAWEI secara rasmi melancarkan siri HUAWEI Pura 90s dan fon telinga terbuka HUAWEI FreeClip 2 S untuk pasaran Malaysia. Model utama HUAWEI...

    HMD mahu hidupkan semula pengalaman Nokia Lumia pada Android

    HMD Global dilaporkan sedang menguji antaramuka pengguna berasaskan rekaan tile yang menyerupai konsep Live Tiles daripada era Lumia dan Windows Phone. Maklumat...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured