More

    Brazil denda Apple ~RM89 juta kerana terus menjual iPhone tanpa pengecas

    Mahkamah Brazil telah mendenda Apple BRL100 juta atau ~RM89 juta sebagai ganti rugi sosial kerana tindakan berterusannya menjual iPhone tanpa pengecas di negara itu. Apple dikenakan denda oleh mahkamah negeri Sao Paulo yang menegaskan bahawa Apple mesti menawarkan pengecas bateri dengan iPhone yang dijual di Brazil.

    Seperti yang dilaporkan oleh Reuters, keputusan itu dibuat dalam tuntutan mahkamah yang dibawa oleh persatuan peminjam, pengguna dan pembayar cukai Brazil (AMBCC). Dalam keputusannya, mahkamah tidak menerima penjelasan Apple bahawa syarikat itu tidak menyediakan pengecas adalah kerana mahu menjaga alam sekitar.

    Apple menggunakan alasan ‘inisiatif hijau’ untuk memaksa pengguna membeli pengecas secara berasingan. Selain mengenakan denda BRL100 juta, Apple juga telah diarahkan oleh mahkamah untuk menyediakan pengecas kepada semua rakyat Brazil yang membeli produk mereka selepas 13 Oktober 2020.

    Bagaimanapun, Apple kini sedang merayu keputusan untuk tidak memasukkan pengecas dengan iPhone di Brazil. Apa pendapat anda tentang keseluruhan situasi ini? Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    SUmber: Reuters

     

    Artikel Terkini

    Setel tambah ciri AI Voice Fuelling — Pengaktifan pam minyak tanpa sentuh

    Setel secara rasmi memperkenalkan fungsi baharu berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang dikenali sebagai Voice Fuelling. Ciri ini membolehkan pengguna mengaktifkan pam minyak...

    Siri Samsung Galaxy Tab S12 kini tersedia di Malaysia dengan MediaTek Dimensity 9500 dan...

    Samsung Malaysia mengumumkan ketersediaan siri tablet terbaharu mereka iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra untuk pasaran tempatan. Peranti datang...

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured