More

    #BTS, #Vincenzo & #GenshinImpact antara “hashtag” paling popular dalam Twitter Malaysia pada 2021

    Twitter Malaysia telah mengeluarkan #HanyaDiTwitter iaitu senarai tanda palang (hashtag) dan trend yang paling hangat dikatakan di kalangan rakyat Malaysia sepanjang tahun ini dalam media sosial tersebut. Ia merangkumi pelbagai aspek, daripada penyakit COVID-19 hinggalah temasya Olimpik 2020.

    Mengikut susunan abjad, senarai tanda palang yang paling popular adalah:

    1. Ateez
    2. #bitcoin
    3. #BTS
    4. #COVID19
    5. #GenshinImpact
    6. #HomeTownChaChaCha
    7. #MUFC
    8. #Tokyo2020
    9. #Valimai
    10. #Vincenzo

    Jelas sekali, gelombang Korea masih kukuh di kalangan rakyat Malaysia dengan empat daripada perkataan di atas dikaitkan dengan industri hiburan daripada negara tersebut.

    Daripada segi akaun yang paling popular, ia merangkumi pelbagai individu popular seperti Dato’ Azizulhasni Awang, Neelofa, Dr Nimelesh, Naim Daniel dan Khairul Amin. Akaun Kementerian Kesihatan juga diikuti ramai bagi mendapatkan perkembangan COVID-19 yang terkini.

    Twitter juga telah menyenaraikan beberapa doktor yang sering berkongsi nasihat perubatan kepada netizen sepanjang tahun ini, seperti Dr Amalina, Dr Samhan, Dr Beni Rusani, Dr Thanusha dan ramai lagi. Doktor-doktor ini telah memainkan peranan penting bagi menjelaskan pelbagai maklumat palsu berkenaan vaksin COVID-19 yang tular di internet.

    Daripada segi emoji, antara emoji unik yang kerap digunakan oleh rakyat Malaysia pada tahun ini adalah pingat emas 🥇 sempena kemenangan Lee Zii Jia dalam memenangi Kejohanan Terbuka Seluruh England 2021 serta emoji garisan penamat 🏁 sewaktu Dato’ Azizulhasni Awang menyumbangkan pingat perak untuk acara keirin lelaki dalam Olimpik 2020.

    Apakah tanda palang kegemaran anda pada tahun ini? Kongsikannya di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...