More

    Buat temujanji dahulu – PROTON umumkan SOP baharu untuk pusat servis PROTON di seluruh Malaysia

    Sejajar dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), PROTON telah mengumumkan Prosedur Operasi Standard (SOP) baharu untuk pelanggan yang ingin berkunjung ke pusat servis PROTON di seluruh Malaysia. SOP ini telah diumumkan melalui sebuah perkongsian di laman web rasmi PROTON.

    SOP baharu ini tidak lain tidak bukan adalah untuk menjaga keselamatan pelanggannya. Mereka juga turut menjangkakan bilangan pengunjung yang ramai memandangkan pusat servis telah ditutup selama dua bulan berikutan pelaksanaan PKP yang lalu.

    Berikut merupakan Prosedur Standard Operasi (SOP) di setiap pusat servis PROTON:

    1. Temujanji perlu dibuat sebelum hadir ke pusat dan pelanggan perlu hadir 20 mini lebih awal selepas waktu temujanji telah disahkan. Pelanggan jumpa terus (walk-in) tidak akan diterima.
    2. Label penjarakan sosial telah diletakkan di setiap kaunter pendaftaran, meja penasihat servis, kaunter pembayaran dan ruang menunggu untuk pelanggan.
    3. Setiap pelanggan dikehendaki menjalani pemeriksaan suhu badan sebelum memasuki premis dan perlu mengisi borang deklarasi kesihatan.
    4. Pensanitasi tangan akan disediakan di kaunter-kaunter pendaftaran, sementara poster keselamatan juga dipaparkan di semua pusat servis.
    5. Setiap kereta akan disanitasi selepas diservis dan sebelum dikembalikan kepada pemilik kenderaan.

    PROTON juga menyatakan bahawa jumlah temujanji adalah terhad dalam masa sehari. Untuk membuat temujanji, anda disarankan menghubungi pusat servis PROTON terdekat atau hubungi talian pelanggan di 1-800-88-8398.

    Kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Mercedes-AMG GT 63 4-Door Coupé EV rasmi di Malaysia dengan 1,169hp, cas pantas 350kW

    Mercedes-Benz Malaysia melancarkan Mercedes-AMG GT 63 PRO 4MATIC+ Coupé dan memberi pratonton awal Mercedes-AMG GT 63 4-Door Coupé di Kuala Lumpur bersempena...

    Nothing Headphone (1) Pro diumum: Tiga pemandu audio, binaan premium dan bateri tahan 68...

    Nothing melancarkan fon telinga mercu over-ear terbaharu mereka, Nothing Headphone (1) Pro. Model baharu ini membawakan peningkatan daripada segi sistem audio, keupayaan...

    Siri HONOR Magic9 dilancar di China — Dua kamera 200MP ARRI dan bateri 11,000mAh

    HONOR melancarkan siri telefon pintar mercu terbaharu di China yang merangkumi tiga model iaitu HONOR Magic9, Magic9 Super Edition dan Magic9 Pro...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured