More

    Bukan EVO lagi? Samsung jenama semula kad microSD siri T, ini harga rasmi di Malaysia

    Samsung Electronics memperkenalkan kad microSD T7 dan T9 terbaharu untuk memperkukuh dan mengemas kini barisan kad storan. Pelancaran ini melibatkan penjenamaan semula rangkaian microSD sedia ada iaitu EVO Plus, PRO Plus dan PRO Ultimate kepada barisan yang lebih ringkas bagi memudahkan pilihan pengguna di mana huruf ‘T’ melambangkan kebolehpercayaan.

    Siri T7 disasarkan untuk kegunaan harian oleh pemain permainan video kasual dan pencipta kandungan tahap pertengahan dengan kapasiti sehingga 1TB serta kelajuan membaca mencecah 170MB/s. Bagi pengguna profesional dan peminat tegar yang memerlukan prestasi tinggi, siri T9 menawarkan kelajuan membaca sehingga 200MB/s bersama perlindungan 6-proof untuk ketahanan pada peranti seperti dron dan kamera aksi.

    Harga rasmi bagi siri T7 ditetapkan pada RM209 untuk 128GB, RM335 untuk 256GB, RM663 untuk 512GB dan RM1,325 bagi model 1TB. Siri T9 pula dijual pada harga RM263 bagi 128GB, RM413 bagi 256GB dan RM833 bagi kapasiti 512GB. Ia kini telah mula tersedia untuk dibeli dan setiap unit dilindungi oleh jaminan terhad selama tiga tahun.

    Sempena promosi 5.5, setiap pembelian kad microSD T9 akan menerima hasiah eksklusif Juno Blindbox secara percuma selagi stok masih ada. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Tukar MyKad baharu? MyDigital ID tak perlu daftar semula

    MyDigital ID mengumumkan bahawa pengenalan MyKad generasi baharu tidak akan menjejas fungsi atau penggunaan platform identiti digital berkenaan. Pengguna yang memiliki kad...

    Asyik lagu kanak-kanak dalam “Wrapped”? Spotify kini ada solusinya

    Spotify secara rasmi memperkenalkan fungsi suis tetapan (toggle) baharu yang membolehkan pengguna mengeluarkan kategori lagu kanak-kanak daripada menjejaskan cadangan muzik peribadi mereka....

    Internet terbuka jadi punca, Gemini AI ceroboh 3 syarikat sebenar

    Google mengesahkan model kecerdasan buatan Gemini menceroboh sistem keselamatan tiga syarikat luar ketika ujian keupayaan keselamatan siber dijalankan oleh firma pihak ketiga,...

    Samsung pindah pengeluaran DDR5 kepada pihak ketiga, utamakan pembungkusan HBM

    Samsung Electronics merancang untuk menyerahkan pengeluaran tambahan modul memori DDR5 dan SSD kepada syarikat pembungkusan dan ujian pihak ketiga (OSAT).

    Had subsidi elektrik naik daripada 600 kepada 800 kWj mulai September ini

    Kerajaan memutuskan untuk memperluaskan tahap perlindungan subsidi bil elektrik bagi pengguna domestik daripada 600 kWj kepada 800 kWj sebulan. Pelaksanaannya berkuat kuasa...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured