More

    Bukan flagship, tetapi kamera begitu ‘lazat’! – Edisi Samsung

    Telefon pintar Samsung FE (Fan Edition) dihasilkan untuk mereka yang mahukan semuanya. Sama ada anda seorang blogger sepanjang hari atau jurugambar waktu malam, telefon pintar Samsung FE menggabungkan teknologi terkini dan memuatkannya ke dalam peranti yang lebih mesra bajet.

    Galaxy S23 FE baharu mengambil reka bentuk ikonik Siri Galaxy S23 yang menggunakan estetika klasik dan banyak ciri praktikal. Ia hadir dengan pilihan warna seperti Pudina, Grafit, Krim dan Ungu yang masing-masing direka untuk kelihatan menawan pada bingkai logam.

    Hargai peminat dengan kamera flagship 50MP!

    Pada bahagian kamera, Galaxy S23 FE mendapat peningkatan besar daripada telefon pintar FE pada sebelumnya dengan menampilkan kamera utama menggunakan sensor 50MP Samsung S5KGN3 1/1.57″ dengan piksel 1.0µm dan penapis Tetracell. Sensor ini dipasangkan dengan penstabil imej optik (OIS) 23mm f/1.8 dan PDAF dwi-piksel tersedia.

    Kamera telefoto 8MP menggunakan sensor Hynix Hi847 dengan piksel 1.0µm dan kanta 76mm f/2.4 OIS untuk zum optik 3x pada kamera utama. Kamera ultralebar pula menggunakan sensor Samsung S5K3L6 13MP 1/3.0″ dengan piksel 1.12µm dan lensa 13mm f/2.2.

    Hasil foto yang diambil daripada kamera 50MP begitu terperinci dan tajam dengan noise yang boleh diterima, warna yang lebih lembut dan julat dinamik yang sangat luas. Anda boleh menggunakannya untuk optimumkan gambar yang lebih terperinci.

    Untuk kamera ultra-lebar, perincian yang dihasilkan juga tinggi dengan noise rendah dan medan pandangan sangat luas. Kelembutan pada sudut adalah kecil dan imej tidak mempamerkan seperti pandangan mata ikan. Kami boleh memuji kontras dan julat dinamik sambil menyerahkan penilaian untuk penampilan warna kepada anda.

    Potret dan video edisi Nightography

    Video 8K yang kami rakam pada kamera utama adalah baik dengan warna yang benar-benar nyata, ketepatan imbangan putih, julat dinamik luas, kontras tinggi dan tiada noise. Video 8K kelihatan hebat pada TV 4K atau monitor 1440p yang lebih tajam dan lebih terperinci.

    Rakaman beresolusi 4K daripada kamera utama juga sangat bagus dengan terdapat banyak perincian, ketajaman yang hebat, warna yang benar-benar nyata dan julat dinamik lebar. Video juga bersih daripada bunyi noise. Pilihan resolusi rakaman video pada Galaxy 23 FE adalah sehingga 4K 60fps dan 8K 24fps.

    "
    "

    Anda juga boleh lihat contoh sampel gambar yang diambil menggunakan kamera swafoto berdasarkan sensor Samsung S5K3J1 10MP yang mempunyai format optik 1/3″ dengan piksel 1.22µm. Kanta pada kamera ini mempunyai panjang fokus 25mm dan f/2.4 apertur.

    Terima kasih untuk sistem Nightography yang dihasilkan oleh Samsung kerana membantu pelbagai aspek dalam mengambil gambar pada waktu malam atau keadaan gelap.

    Ciri-ciri Pro

    Single Take memanfaatkan lebih banyak foto dan video dalam satu rakaman. Anda boleh menangkap momen bermakna menggunakan AI lanjutan. AI menangkap sehingga 14 jenis foto dan video yang berbeza. AI Best Moment akan memilih detik terbaik antara berbilang output dalam foto manakala Highlight Video dan Dinamik perlahan menghasilkan pilihan video yang menarik.

    Pro Mode meletakkan kawalan di tangan anda supaya dapat menghasilkan foto dan video yang diingini. Pelbagai pelarasan tetapan secara manual seperti ISO, kelajuan pengatup dan tahap pendedahan. Anda juga boleh memilih penapis atau laraskan tetapan imbangan putih untuk menampung keadaan pencahayaan yang berbeza.

    Director View membolehkan anda melancarkan vlogger tersendiri dengan merakam video menggunakan kamera belakang dan hadapan secara serentak. Tangkap reaksi anda sendiri sambil merakam apa yang berlaku di sekeliling anda pada masa yang sama untuk mencipta video yang lebih dinamik dan menyeronokkan.

    Photo Remaster membenarkan anda membuang bayang-bayang dan pantulan secara automatik untuk menjadikan gambar kelihatan hebat. Anda juga boleh menyunting GIF untuk resolusi dan kejelasan yang lebih baik.

    Jika anda berminat merasai pengalaman yang dihasilkan oleh teknologi Nightography pada Galaxy S23 FE ini, anda boleh datang ke kedai rasmi Samsung berdekatan atau layari laman rasmi Samsung Malaysia. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan Galaxy S23 FE dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    PromosiTempoh promosi
    Diskaun RM500 (Eksklusif untuk peminat #GalaxyTroop)  1 Disember 2023 – 31 Disember 2023  
    Peningkatan Storan Berganda bernilai RM300
    Istimewa Trade-in bernilai sehingga RM800
    Diskaun sehingga 30% PWP untuk aksesori Samsung terpilih, Samsung Care+ dan Siri Buds

    [Ditaja oleh Samsung Malaysia]

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured