More

    Bukan sekadar berkongsi “link”, kini penjenayah boleh “scam” anda dengan menghantar imej sahaja

    Jenayah siber atau scam menjadi semakin serius dalam kalangan rakyat Malaysia sejak kebelakangan ini, di mana ribuan ribu Ringgit serta kecurian data telah berjaya diseleweng oleh penjenayah siber. Agensi kerajaan dan pelbagai institusi kewangan kini aktif menyebarkan kesedaran tentang tindakan yang boleh diambil bagi mengelakkan diri kita daripada menjadi mangsa scam, seperti tidak klik pada pautan (link) yang mencurigakan.

    Sungguh pun begitu, satu kaedah scam yang mungkin tidak dikenali oleh orang ramai adalah melalui perkongsian imej sahaja. Dalam kaedah scam ini, pengguna hanya perlu membuka sebuah imej atau gambar dalam telefonnya yang dihantar melalui aplikasi permesejan, kemudian penjenayah siber sudah boleh menggodam telefon tersebut.

    Kaedah seperti ini digelar sebagai eksploit sifar klik (zero-click exploits) di mana mangsa tidak perlu menekan sebarang klik pun, namun beliau sudah boleh menjadi mangsa scam dengan hanya memaparkan gambar atau fail tertentu. Gambar tersebut boleh mempunyai kod mencurigakan (malicious code) yang akan membuka akses telefon anda kepada penjenayah yang mencipta gambar tersebut.

    Bagi mengelakkan anda menjadi mangsa eksploit sifar klik, Samsung telah mencipta Samsung Message Guard yang akan melindungi peranti Samsung Galaxy anda secara proaktif. Fungsi ini akan mengehadkan ancaman lutsinar yang menyamar sebagai gambar dan dihantar ke telefon anda.

    Jika sebuah imej dihantar ke dalam telefon anda, Samsung Message Guard akan mengimbas imej tersebut dan jika ia mempunyai ciri-ciri yang mencurifakan, ia akan dikuarantin secara maya. Ini akan mengelakkan imej tersebut daripada berinteraksi dengan fail lain atau sistem operasi telefon dan mengelakkannya daripada menceroboh peranti anda.

    Buat masa ini, Samsung Message Guard disediakan dalam aplikasi Samsung Messages serta Messages By Google dalam siri telefon pintar Samsung Galaxy S23. Pada masa depan, sebuah kemas kini akan membenarkan Samsung Message Guard untuk melindungi anda dalam aplikasi permesejan pihak ketiga.

    Walaupun anda tidak memiliki peranti Samsung sekali pun, ini tidak bermakna anda tidak boleh melindungan telefon anda daripada menjadi mangsa eksploit sifar klik. Anda boleh tetapkan aplikasi permesejan anda supaya tidak memuat turun imej secara automatik, dan jangan buka sebarang fail mencurigakan daripada sumber yang tidak dikenali.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Mercedes-AMG GT 63 4-Door Coupé EV rasmi di Malaysia dengan 1,169hp, cas pantas 350kW

    Mercedes-Benz Malaysia melancarkan Mercedes-AMG GT 63 PRO 4MATIC+ Coupé dan memberi pratonton awal Mercedes-AMG GT 63 4-Door Coupé di Kuala Lumpur bersempena...

    Nothing Headphone (1) Pro diumum: Tiga pemandu audio, binaan premium dan bateri tahan 68...

    Nothing melancarkan fon telinga mercu over-ear terbaharu mereka, Nothing Headphone (1) Pro. Model baharu ini membawakan peningkatan daripada segi sistem audio, keupayaan...

    Siri HONOR Magic9 dilancar di China — Dua kamera 200MP ARRI dan bateri 11,000mAh

    HONOR melancarkan siri telefon pintar mercu terbaharu di China yang merangkumi tiga model iaitu HONOR Magic9, Magic9 Super Edition dan Magic9 Pro...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured