More

    Bukan sekadar gimik, inilah rupa sistem penyejukan besar dalam ASUS ROG Phone 3

    Sehingga kini, ASUS ROG Phone 3 masih belum dilancarkan di Malaysia secara rasmi. Kita sudah mengenali peranti ini secara luaran, dengan ciri spesifikasinya, namun sebuah akaun YouTube popular kini mendedahkan ciri dalaman ASUS ROG Phone 3.

    Apa yang menariknya adalah sistem penyejukan yang ada pada ASUS ROG Phone 3. Oleh kerana ciri teknologi ini tidak kelihatan secara luaran, ramai yang mengatakan bahawa ia hanya sekadar gimik. Anda kini boleh melihat sendiri sistem penyejukan yang besar, seiring seperti yang didakwa oleh ASUS bahawa mereka telah meningkatkan sistem penyejukan mereka.

    Cermin kaca di belakang mempunyai ruang aliran untuk mengalirkan udara panas. Ia terletak di atas panel besi yang menyerap haba panas dari cipset melalui lapisan pes haba. Di bawah papan induk, anda boleh melihat ruang wap (vapour chamber), mungkin adalah yang terbesar setakat ini dalam telefon pintar untuk memperbaik sistem penyejukan.

    Kami pernah membuat ujian gaming pada peranti ini. Sememangnya, sistem penyejukannya menjanjikan prestasi yang baik. Anda boleh menyemak spesifikasi ASUS ROG Phone 3 di pautan ini atau tonton video unboxingnya di pautan ini.

    Apakah pendapat anda? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Baca berita lepas mengenai ASUS ROG Phone 3.

    Sumber: JerryRigEverything melalui GSMArena

     

    Artikel Terkini

    OPPO Find X10 Pro Max tiba sebagai telefon pertama di dunia dengan tiga kamera...

    OPPO secara rasmi memperkenal peranti mercu terbaharu Find X10 Pro Max yang dijana oleh cip pemprosesan MediaTek Dimensity 9600 Pro. Sistem kamera...

    MediaTek umum Dimensity CX C10 Max, cip 3nm pertama khas untuk Googlebook

    MediaTek melancarkan pemproses baharu Dimensity CX C10 Max yang merupakan cip pertama di bawah siri siri Compute Experience (CX). Pemproses ini dibina...

    vivo OriginOS 7 dilancar dengan prestasi lancar hingga 72 bulan!

    vivo secara rasmi memperkenalkan sistem operasi OriginOS 7 yang direka untuk mengekalkan prestasi lancar menerusi ujian anti-penuaan makmal selama 72 bulan. Sistem...

    Googlebook diperkenal, laptop pertama direka khas untuk Gemini Intelligence

    Qualcomm Technologies mengumumkan kerjasama dengan Google untuk membawa platform Snapdragon X Elite ke laptop Googlebook iaitu kategori komputer riba baharu yang direka...

    Nothing Phone (4b) dan Ear (3a) kini tersedia di Malaysia pada harga RM1,599 dan...

    Nothing melancarkan dua peranti baharu bagi pasaran Malaysia iaitu telefon pintar Nothing Phone (4b) dan fon telinga nirwayar Nothing Ear (3a). Nothing...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured