More

    Bukan setakat ChatGPT, OpenAI bakal lancar fon telinga AI pertama tahun ini

    OpenAI dilaporkan sedang membangunkan produk perkakasan pertamanya yang dijangka hadir dalam bentuk fon telinga berkuasa AI. Ia menandakan perubahan strategi syarikat itu daripada peranti AI kompleks kepada produk audio yang lebih praktikal untuk pasaran massa.

    Menurut sumber, peranti tersebut dipercayai akan dilancarkan sekitar tahun 2026 dan dibangunkan dengan fokus utama kepada interaksi berasaskan suara tanpa skrin selari dengan kekuatan teras teknologi kecerdasan buatan OpenAI.

    Ia dikatakan mempunyai reka bentuk seperti fon telinga standard dengan fungsi AI bersepadu bagi membolehkan pengguna berinteraksi secara langsung melalui arahan suara termasuk tugasan bantuan harian dan pemprosesan maklumat masa nyata.

    Laporan turut menyatakan OpenAI sebelum ini mempertimbangkan pembangunan peranti AI yang lebih canggih seperti telefon atau peranti berskrin, namun pendekatan tersebut ditangguhkan berikutan kos komponen yang tinggi dan kerumitan pembangunan.

    Sebaliknya, OpenAI memilih untuk memulakan langkah dalam segmen perkakasan melalui peranti audio yang lebih ringkas yang dilihat lebih realistik daripada segi kos, kebolehskalaan dan penerimaan pengguna. Setakat ini, OpenAI masih belum mengumumkan nama rasmi, spesifikasi atau tarikh pelancaran produk tersebut.

    Namun, earbuds AI ini dijangka menjadi asas kepada ekosistem perkakasan OpenAI sebelum syarikat itu memperkenalkan peranti yang lebih maju pada masa hadapan. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: ITHome

     

    Artikel Terkini

    Googlebook diperkenal, laptop pertama direka khas untuk Gemini Intelligence

    Qualcomm Technologies mengumumkan kerjasama dengan Google untuk membawa platform Snapdragon X Elite ke laptop Googlebook iaitu kategori komputer riba baharu yang direka...

    Nothing Phone (4b) dan Ear (3a) kini tersedia di Malaysia pada harga RM1,599 dan...

    Nothing melancarkan dua peranti baharu bagi pasaran Malaysia iaitu telefon pintar Nothing Phone (4b) dan fon telinga nirwayar Nothing Ear (3a). Nothing...

    Siri vivo X500 dilancar dengan Dimensity 9600 Pro, kamera Sony LYTIA L910 17 EV...

    vivo secara rasmi melancarkan siri X500 yang terdiri daripada vivo X500, X500 Pro dan X500 Pro Max di Shanghai, China. Siri mercu...

    Tukar MyKad baharu? MyDigital ID tak perlu daftar semula

    MyDigital ID mengumumkan bahawa pengenalan MyKad generasi baharu tidak akan menjejas fungsi atau penggunaan platform identiti digital berkenaan. Pengguna yang memiliki kad...

    Asyik lagu kanak-kanak dalam “Wrapped”? Spotify kini ada solusinya

    Spotify secara rasmi memperkenalkan fungsi suis tetapan (toggle) baharu yang membolehkan pengguna mengeluarkan kategori lagu kanak-kanak daripada menjejaskan cadangan muzik peribadi mereka....

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured