More

    Buku Meja Kopi OPPO inspirasikan untuk merakam dan memelihara warisan budaya Malaysia

    OPPO Malaysia dengan bangganya mengumumkan pelancaran buku #OPPOMalaysiaThroughTheLens yang dihasilkan bersama Suruhanjaya Kebangsaan Malaysia untuk UNESCO (MNCU) dan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC). Buku ini menampilkan perjalanan visual melalui kepelbagaian budaya Malaysia yang dirakam dengan terperinci menggunakan teknologi pencitraan dan kecerdasan buatan (AI) inovatif OPPO seperti yang terdapat dalam telefon pintar siri Reno11, Reno12 dan Find N3.

    Kempen ini mencerminkan misi OPPO iaitu “Teknologi untuk Manusia, Kebaikan untuk Dunia” dengan menekankan usaha untuk mendokumentasikan dan memelihara tradisi budaya yang kian hilang. Buku ini memaparkan potret oleh jurugambar profesional Samuel Goh yang menonjolkan lima seni budaya tradisional Malaysia yang semakin pupus.

    Potret-potret ini mendokumentasikan dedikasi para penggiat seni dan keindahan seni budaya tersebut, sambil memelihara warisan ini untuk generasi akan datang. Salah satu seni yang diketengahkan ialah Wayang Kulit Melayu Tradisional Kelantan, yang dihidupkan semula oleh dalang generasi ke-13, Pak Dain, dan artis moden TinToy Chuo. Kolaborasi mereka melambangkan keharmonian antara tradisi dan moden dalam usaha mengekalkan seni tersebut.

    Selain itu, buku ini turut menampilkan tarian Ngajat Iban yang dipersembahkan oleh Dion Das Louis, seorang kanak-kanak berusia lapan tahun, serta tradisi muzik Magagung Penampang dari suku Kadazan yang dipimpin oleh Jasper dari KKD Chi Hwa. Opera Teochew dari Pulau Pinang ditonjolkan melalui Ling Goh, seorang penggiat generasi keempat serta Dondang Sayang dari Melaka yang dipelopori oleh Datuk Mohd Baharim Mohd Sharip.

    Melalui koleksi potret ini, OPPO Malaysia menegaskan komitmennya terhadap pemeliharaan budaya dan inovasi teknologi. Dengan menangkap intipati tradisi Malaysia yang kaya serta kepelbagaian masyarakatnya, OPPO berharap dapat menginspirasi rakyat Malaysia untuk menghargai dan memelihara sejarah serta budaya mereka yang unik. Buku ini merupakan satu penghormatan terhadap warisan negara yang pelbagai dan menawarkan perjalanan visual yang menakjubkan bersempena Hari Malaysia.

    Bagi mereka yang berminat untuk tahu lebih lanjut, anda boleh menonton video kempen ini di YouTube. Kongsi pendapat anda di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    DJI Mic Mini 2S tiba di Malaysia dengan rakaman 32-Bit, pembatalan hingar AI dan...

    DJI melancarkan mikrofon wayarles kompak terbaharu iaitu DJI Mic Mini 2S untuk pasaran Malaysia. Ia direka khusus untuk pencipta kandungan, pengatur cara...

    RHB Pay dilancar — Terima kad, FPX dan DuitNow Pay dalam satu platform

    RHB Bank Berhad secara rasmi melancarkan RHB Pay yang merupakan gerbang pembayaran dalam talian bersatu pertama yang dibangunkan, dimiliki dan dikendalikan sepenuhnya...

    Google hentikan khidmat Google Assistant mulai 4 September ini

    Google mengumumkan penamatan perkhidmatan Google Assistant pada peranti mudah alih dan peranti boleh pakai bermula 4 September 2026. Mereka telah mula menghantar...

    HONOR Watch 6 dilancar di Malaysia dengan GPS dwi jalur, NFC dan bateri 35...

    HONOR Malaysia secara rasmi melancarkan jam tangan pintar HONOR Watch 6 untuk pasaran tempatan dengan menawarkan bateri berkapasiti 980mAh yang mampu bertahan...

    CMF Clip Pro rasmi sebagai fon telinga “open-ear” pertama, sokong LDAC dan bateri 32.5...

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan CMF Clip Pro sebagai peranti fon telinga terbuka (open-ear) pertama dalam barisan produk mereka. Fon telinga ini menggunakan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured