More

    Butik ANKER pertama di Asia kini dibuka di IOI City Mall, Putrajaya

    ANKER secara rasmi melancarkan Asia Boutique Store pertama mereka di Malaysia yang bertempat di IOI City Mall (Lot 11, Level 2, Old Wing). Kedai ini menampilkan ekosistem penuh produk ANKER termasuk audio soundcore, peranti rumah pintar eufy, teknologi percetakan 3D eufyMake serta rangkaian aksesori pengecasan seperti powerbank dan pengecas.

    Sempena pelancaran, pelanggan boleh menikmati diskaun 10% untuk pembelian minimum RM400 dan 15% untuk pembelian minimum RM800 sah sehingga 23 Mei 2026. Pembukaan rasmi besar-besaran akan berlangsung pada 24 Mei 2026 diikuti pelbagai promosi tambahan termasuk cabutan bertuah tanpa syarat minimum pembelian.

    Antara hadiah utama ditawarkan ialah robot vakum C28 Omni Robot Vacuum bernilai RM2,299 dan pengecas komputer riba. Selain itu, ANKER juga menawarkan pakej bundle khas dengan harga bermula serendah RM5.10. Kempen promosi akan diteruskan sepanjang tempoh pembukaan rasmi dari 24 Mei hingga 24 Jun 2026.

    Seterusnya, produk eufy menawarkan kamera keselamatan, robot vakum dan juga pam susu yang memperlihatkan pengembangan ANKER ke dalam kategori gaya hidup. Turut membuat penampilan sulung di Malaysia ialah eufyMake iaitu kategori fabrikasi dan percetakan 3D untuk pengguna yang berminat dengan projek DIY.

    Dalam masa sama, rangkaian penuh produk audio soundcore seperti TWS, fon kepala, pembesar suara dan projektor juga dipamerkan. ANKER dilihat memperkukuh kehadiran fizikalnya di Malaysia dengan menawarkan pengalaman runcit yang lebih menyeluruh merangkumi pengecasan, audio dan rumah pintar dalam satu lokasi.

    Pelanggan boleh menikmati pelbagai promosi eksklusif sempena pembukaan lembut bermula 25 April 2026 dan pembukaan rasmi pada 24 Mei 2026 termasuk diskaun berperingkat 10% bagi pembelian minimum RM400 atau 15% bagi RM800 (hingga 24 Jun 2026), kempen “Purchase & Win” dengan peluang memenangi hadiah seperti C28 Omni Robot Vacuum bernilai RM2,299 serta pengecas komputer riba tanpa had pembelian minimum (25 Mei – 24 Jun 2026).

    Selain itu, terdapat juga tawaran bundle khas produk terpilih ANKER serendah RM5.10 setiap set untuk 100 pelanggan pertama bermula 24 Mei 2026. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat untuk berkunjung dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...