More

    Butiran spesifikasi HONOR X10 dan HONOR X10 Pro dibocorkan

    Pada 20 Mei ini HONOR dijadualkan akan melancarkan siri HONOR X10 dalam sebuah pelancaran dalam talian. Walau bagaimanapun, menurut sebuah khabar baru daripada Really Assen di Weibo, kita mendapat maklumat awal tentang telefon ini.

    HONOR X10 akan dilengkapi skrin dengan resolusi 2400 x 1080 dan kadar segar semula 90Hz. Ia juga akan dilengkapi cipset Kirin 820 dan varian memori RAM 6GB dan storan 64GB atau 128GB. Ia mempunyai bateri 4,200mAh dan pengecasan pantas 22.5W.

    Daripada segi kamera, ia dilengkapi tiga kamera yang terdiri daripada kamera utama 40MP dengan sensor Sony IMX600y, kamera ultra-lebar 8MP dan sensor kedalaman 2MP. Sebelum ini, beberapa penyelidik di Gunung Everest sudah pun mengambil beberapa gambar menggunakan HONOR X10.

    Sementara itu, perbezaan pada HONOR X10 Pro pula adalah daripada segi memori, di mana RAM ialah 8GB dan storan 128GB atau 256GB, dan sebuah teknologi penyejukan. Daripada segi tenaga, ia mempunyai bateri dan pengecasan yang sama dengan HONOR X10.

    Daripada segi kamera, HONOR X10 Pro dilengkapi kamera sama dengan HONOR X10 dengan tambahan sensor 2MP, menjadikan keseluruhan kameranya empat.

    Adakah anda merasakan ini maklumat yang sahih untuk siri HONOR X10? Beritahu kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Gizmochina

     

    Artikel Terkini

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Mercedes-AMG GT 63 4-Door Coupé EV rasmi di Malaysia dengan 1,169hp, cas pantas 350kW

    Mercedes-Benz Malaysia melancarkan Mercedes-AMG GT 63 PRO 4MATIC+ Coupé dan memberi pratonton awal Mercedes-AMG GT 63 4-Door Coupé di Kuala Lumpur bersempena...

    Nothing Headphone (1) Pro diumum: Tiga pemandu audio, binaan premium dan bateri tahan 68...

    Nothing melancarkan fon telinga mercu over-ear terbaharu mereka, Nothing Headphone (1) Pro. Model baharu ini membawakan peningkatan daripada segi sistem audio, keupayaan...

    Siri HONOR Magic9 dilancar di China — Dua kamera 200MP ARRI dan bateri 11,000mAh

    HONOR melancarkan siri telefon pintar mercu terbaharu di China yang merangkumi tiga model iaitu HONOR Magic9, Magic9 Super Edition dan Magic9 Pro...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured