More

    Butiran Huawei Nova 7 Pro dibocorkan, dilengkapi Kirin 985 dan skrin melengkung

    Walaupun siri Huawei Nova 7 akan diumumkan pada hari esok, maklumat tentang siri telefon itu sudah pun berkeliaran dalam internet. Jika sebelum ini maklumat Nova 7 SE didedahkan, kini Nova 7 Pro pula yang diketahui.

    Varian atasan dalam siri Nova 7 itu dilengkapi empat kamera yang merangkumi 64MP + 8MP + 8MP + 2MP. Ia mempunyai kebolehan zum digital 50x namun tidak dilengkapi penstabilan imej optikal (OIS). Kamera hadapan pula ialah dua kamera 32MP + 8MP yang berada dalam lubang punch hole di skrin.

    Nova 7 Pro dikuasai oleh cipset Kirin 985 5G, storan dalam 128GB atau 256GB dan antara muka (UI) EMUI 10.1 berdasarkan Android 10. Daripada segi paparan, ia dilengkapi skrin OLED berukuran 6.57 inci dengan kadar segar semula 60Hz.

    Siri Huawei Nova 7 akan dilancarkan esok, jadi maklumat awal ini mungkin ada benarnya. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan Nova 7 Pro dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Gizchina

     

    Artikel Terkini

    HONOR Watch 6 dilancar di Malaysia dengan GPS dwi jalur, NFC dan bateri 35...

    HONOR Malaysia secara rasmi melancarkan jam tangan pintar HONOR Watch 6 untuk pasaran tempatan dengan menawarkan bateri berkapasiti 980mAh yang mampu bertahan...

    CMF Clip Pro rasmi sebagai fon telinga “open-ear” pertama, sokong LDAC dan bateri 32.5...

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan CMF Clip Pro sebagai peranti fon telinga terbuka (open-ear) pertama dalam barisan produk mereka. Fon telinga ini menggunakan...

    Xbox Project Helix bakal sokong “game” lama menerusi sistem emulator rasmi

    Satu memo dalaman Microsoft yang ditiriskan mendedahkan bahawa mereka sedang membangunkan emulator rasmi untuk menyokong permainan rentas platform. Pembangunan ini bertujuan membolehkan...

    Amazon Prime Video jadi aplikasi strim pertama sokong HDR10+ ADVANCED

    Samsung Electronics mengumumkan bahawa Prime Video menjadi perkhidmatan penstriman pertama yang menawarkan standard paparan HDR10+ ADVANCED secara global bermula Ogos 2026. Ciri...

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured