More

    Butiran kamera CMF Phone 2 Pro diumum, tawarkan zum optikal 2x

    Nothing bakal melancarkan telefon pintar mampu milik CMF Phone 2 Pro pada 28 April 2025 dan syarikat itu kini mula memberikan sedikit sebanyak maklumat mengenai peranti tersebut. Selepas mengesahkan bahawa ia akan dijual bersama pengecas dalam kotak dan dilengkapi cipset MediaTek Dimensity 7300 Pro, kini Nothing mengumumkan spesifikasi kamera untuk telefon ini.

    CMF Phone 2 Pro bakal mempunyai tiga kamera iaitu kamera utama 50MP dengan sensor 1/1.57″ (Nothing mengatakan ini adalah saiz sensor kamera paling besar untuk segmen harganya), kamera ultra-lebar 8MP dengan sudut penglihatan 119.5° dan kamera telefoto 50MP dengan zum optikal 2x.

    Ini adalah penambahbaikan yang agak ketara berbanding CMF Phone 1 yang hanya mempunyai kamera utama 50MP dan sensor kedalaman 2MP. Dengan kehadiran kamera ultra-lebar dan kamera telefoto, ia akan memberi lebih banyak pilihan kepada pengguna untuk menyusun fotografi mereka.

    Selain itu, ini adalah spesifikasi kamera yang sama dengan Nothing Phone (3a) yang dilancar pada bulan lepas, namun CMF Phone 2 Pro dijangka akan dijual pada harga yang lebih murah.

    Telefon ini dikhabar bakal mempunyai skrin OLED berukuran 6.3 inci dengan resolusi 1080p dan kadar segar semula 120Hz. Jika benar, ini lebih kecil berbanding skrin CMF Phone 1 yang berukuran 6.67 inci. Baterinya pula mungkin berkapasiti 5,000mAh dan menyokong pengecasan pantas 33W.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Flipkart

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...