fbpx
More

    Butiran kamera OPPO Reno3 Pro didedahkan sebelum pelancaran pada 2 Mac

    OPPO sudah pun mengesahkan bahawa Reno3 Pro akan dilancarkan secara rasmi di India pada 2 Mac. Walaupun begitu, laman web OPPO India sudah pun memuat naik butiran kamera telefon pintar itu baru-baru ini.

    Antara yang menjadi tarikan telefon tersebut ialah ia merupakan telefon pertama dalam dunia yang dilengkapi dwi-kamera depan punch hole dengan 44MP, seperti yang telah dilaporkan oleh media sebelum ini.

    Ia mempunyai skrin AMOLED dan kamera punch hole itu berada di bahagian atas kiri skrin. Selain kamera hadapan utama 44MP, ia turut dilengkapi sensor kedalaman 2MP untuk mengambil selfie yang lebih cantik dengan efek bokeh lembut. Dalam keadaan malap pula, pengguna boleh mengaktifkan Ultra Night Selfie Mode untuk gambar selfie yang lebih terang.

    Kamera belakang Reno3 Pro pula mempunyai empat kamera yang terdiri daripada kamera utama Ultra Clear 64MP, kanta telefoto 13MP, kanta hitam-putih 2MP dan kanta ultra-lebar 8MP. Ia juga mampu untuk zum hibrid sejauh 5x dan zum digital sejauh 20x. Selain itu, Reno3 Pro datang dengan Ultra Steady Video 2.0 untuk menstabilkan rakaman video.

    Setakat ini, masih tiada berita jika ia akan dilancarkan dalam pasaran Malaysia. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat untuk memilikinya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Gizmochina

     

    Artikel Terkini

    Samsung Malaysia lancarkan televisyen dan “soundbar” dengan teknologi AI, bermula RM2,999

    Kecerdasan buatan (AI) kini merupakan trend yang popular dalam industri teknologi pada 2024 dan Samsung Malaysia mengikuti trend tersebut dengan melancarkan televisyen...

    vivo Malaysia sambut ulang tahun ke-10 dengan bengkel fotografi bersama vivo V30e 5G

    Bersempena 10 tahun kemajuan revolusi dalam teknologi telefon pintar, vivo Malaysia telah menganjurkan bengkel fotografi selari dengan pelancaran telefon pintar terbaharu, vivo...

    smart #3 dipandu uji buat kali pertama, bakal diumum di Malaysia Autoshow 2024

    Smart Malaysia baru-baru ini mengadakan acara pratonton eksklusif yang bertemakan "Chasing Thrills" di Subang Jaya. Acara ini adalah untuk memperkenalkan kenderaan elektrik...

    OpenAI lancarkan GPT-4o secara percuma, jadikan interaksi manusia-komputer lebih semula jadi

    Pada persidangan OpenAI awal pagi tadi, model besar GPT-4o yang dinaik taraf telah dikeluarkan secara rasmi. "o" dalam GPT-4o bermaksud "omni". GPT-4o...

    Siri vivo X100s dilancar dengan Dimensity 9300+, penderia kamera 1″ dan cas pantas 100W...

    Bersama-sama pelancaran X100 Ultra, vivo turut memperkenalkan telefon pintar vivo X100s dan X100s Pro. Telefon baharu ini menampilkan cipset Dimesnity 9300+ yang...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X