More

    Butiran OPPO A72 5G muncul dalam laman web China Telecom, harga bermula ~RM1,035

    Sebuah telefon pintar yang telah dikenal pasti sebagai OPPO A72 5G muncul di laman web China Telecom, di mana sebelum ini telefon tersebut muncul dalam laman web TENAA dengan kod model PDYM20.

    Menurut laporan media, telefon itu bakal boleh menyokong 5G dan dilengkapi skrin 90Hz berukuran 6.5 inci dengan sebuah lubang punch hole di bahagian atas kiri untuk kamera swafoto 8MP. Bonggol kamera di belakang menunjukkan tiga kamera yang mungkin terdiri daripada kamera utama 16MP, kamera ultralebar 8MP dan sensor kedalaman 2MP.

    Bahagian kiri, kanan dan bawah.

    Butang kuasa yang berada di sebelah kanan nampak seperti ia akan turut berfungsi sebagai pengimbas cap jari. Di bawah, bicu audio 3.5mm, port USB Type-C, mikrofon dan pembesar suara boleh dilihat.

    Daripada segi spesifikasi dalaman, ia akan dikuasai oleh MediaTek MT6853V dan dijual mengikut varian memori 4GB+128GB (CN¥1,699 atau ~RM1,035), 6GB+128GB (CN¥1,799 atau ~RM1,095) dan 8GB+128GB (CN¥1,999 atau ~RM1,220). Kapasiti baterinya tidak disenaraikan dalam China Telecom namun TENAA mengatakan ia mempunyai 3,945mAh.

    Kongsi pendapat anda tentang telefon OPPO ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: GSMArena

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...