More

    Butiran OPPO A72 5G muncul dalam laman web China Telecom, harga bermula ~RM1,035

    Sebuah telefon pintar yang telah dikenal pasti sebagai OPPO A72 5G muncul di laman web China Telecom, di mana sebelum ini telefon tersebut muncul dalam laman web TENAA dengan kod model PDYM20.

    Menurut laporan media, telefon itu bakal boleh menyokong 5G dan dilengkapi skrin 90Hz berukuran 6.5 inci dengan sebuah lubang punch hole di bahagian atas kiri untuk kamera swafoto 8MP. Bonggol kamera di belakang menunjukkan tiga kamera yang mungkin terdiri daripada kamera utama 16MP, kamera ultralebar 8MP dan sensor kedalaman 2MP.

    Bahagian kiri, kanan dan bawah.

    Butang kuasa yang berada di sebelah kanan nampak seperti ia akan turut berfungsi sebagai pengimbas cap jari. Di bawah, bicu audio 3.5mm, port USB Type-C, mikrofon dan pembesar suara boleh dilihat.

    Daripada segi spesifikasi dalaman, ia akan dikuasai oleh MediaTek MT6853V dan dijual mengikut varian memori 4GB+128GB (CNÂ¥1,699 atau ~RM1,035), 6GB+128GB (CNÂ¥1,799 atau ~RM1,095) dan 8GB+128GB (CNÂ¥1,999 atau ~RM1,220). Kapasiti baterinya tidak disenaraikan dalam China Telecom namun TENAA mengatakan ia mempunyai 3,945mAh.

    Kongsi pendapat anda tentang telefon OPPO ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: GSMArena

     

    Artikel Terkini

    Samsung janji 5 tahun sokongan kemas kini Untuk Galaxy Watch9 Dan Watch Ultra2

    Samsung secara rasmi mengumumkan peningkatan polisi sokongan perisian bagi jam tangan pintar terbaharunya iaitu Galaxy Watch9 dan Galaxy Watch Ultra2 sewaktu acara...

    Qualcomm bakal lancar SD 8 Elite Gen 5 lebih murah untuk telefon “flagship killer”

    Qualcomm didakwa sedang menghasilkan versi baharu bagi cipset Snapdragon 8 Elite Gen 5 yang dijadualkan dilancarkan ke pasaran lewat tahun ini. Cip...

    Google kini benarkan log masuk akaun guna video selfie

    Google secara rasmi memperkenalkan kaedah log masuk baharu menerusi rakaman video selfie bagi pengguna yang terputus akses atau terkunci daripada Akaun Google...

    Siri HUAWEI Pura 90s tersedia di Malaysia — Dilengkapi kamera 200MP bermula RM3,699

    HUAWEI secara rasmi melancarkan siri HUAWEI Pura 90s dan fon telinga terbuka HUAWEI FreeClip 2 S untuk pasaran Malaysia. Model utama HUAWEI...

    HMD mahu hidupkan semula pengalaman Nokia Lumia pada Android

    HMD Global dilaporkan sedang menguji antaramuka pengguna berasaskan rekaan tile yang menyerupai konsep Live Tiles daripada era Lumia dan Windows Phone. Maklumat...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured