More

    Butiran paparan siri iQOO 9 didedahkan dan mungkin dilancar pada Januari 2022

    Sub-jenama vivo iaitu iQOO sedang bersiap sedia untuk memperkenalkan telefon pintar iQOO 9 dan iQOO 9 Pro. Hari ini, beberapa maklumat mengenai paparan telefon telah dikongsikan.

    Menurut pendedahan, iQOO 9 dan iQOO 9 Pro akan menampilkan paparan E5 OLED Samsung 6.78 inci. Versi standard akan menyokong resolusi FHD+ manakala 9 Pro akan memaparkan resolusi 2K dan lengkungan di bahagian tepi. Dijangkakan iQOO 9 dan 9 Pro akan hadir dengan skrin kadar penyegaran semula 120Hz sama seperti iQOO 8. Berkemungkinan juga peranti akan membawa kadar penyegaran semula 144 Hz seperti iQOO Neo 5 SE disamping panel OLED.

    Walaupun spesifikasi sebenar peranti ini masih tidak diketahui, kami menjangkakan siri iQOO 9 mungkin menggunakan Snapdragon 8 Gen 1. Mereka juga mungkin memperkenalkan peranti andalan untuk masa akan datang dengan MediaTek Dimensity 9000.

    Siri iQOO 9 mungkin membawa pengecasan pantas 120 W bersama bateri berkapasiti besar, peningkatan pada bahagian kamera dan versi Origin OS Ocean berdasarkan Android 12.

    Akhir sekali, peranti dijangka akan dilancarkan pada bulan Januari di China dan sebelum akhir penggal pertama 2022 untuk pasaran global. Beri pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Gizchina

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured