More

    Butiran realme C12 muncul di GeekBench, dilengkapi cipset Helio P35 dan RAM 3GB

    Sebelum ini kami telah pun melaporkan tentang realme C12 yang telah pun mendapat pengiktirafan di beberapa negara Asia Tenggara. Kini, peranti tersebut muncul di laman web penanda aras GeekBench dengan nombor model RMX2189.

    Dalam laman web itu, realme C12 dilaporkan akan dilengkapi cipset MediaTek Helio P35 2.3GHz (ARM MT6765G), RAM 3GB dan sistem operasi Android 10. Ia mendapat markah 165 untuk ujian teras tunggal dan 972 untuk ujian multi-teras, iaitu jurang markah yang boleh dijangkakan untuk peranti kelas permulaan.

    realme C12 juga dijangkakan akan dilengkapi bateri besar 6,000mAh dan pengecaan 10W serta bakal menjadi telefon pintar yang lebih canggih sedikit berbanding realme C11 yang telah dilancarkan pada Jun lalu.

    Adakah anda berminat dengan sebuah peranti kelas permulaan yang baru daripada realme? Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: GeekBench

     

    Artikel Terkini

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Anker perluas kehadiran di Malaysia dengan kedai ketiga dan pameran produk baharu

    Anker menganjurkan Anker Experience Week di Sunway Pyramid dari 13 hingga 18 Oktober 2026 bagi memperkenalkan hala tuju jenama “Ultimate, Unified” di...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...