More

    Butiran Xiaomi Mi 10 & Mi 10 Pro dibocorkan

    Xiaomi Mi 10 sepatutnya diumumkan secara rasmi pada 13 Februari dalam sebuah acara atas talian dan pada 23 Februari di Kongres Mudah Alih Sedunia (MWC) pada hujung bulan ini, tetapi maklumat tentang peranti itu sudah pun dibocorkan di dalam media sosial Weibo.

    Pertama, poster telefon pintar Mi 10 dan Mi 10 Pro sudah dimuat naik dan memberikan kita pandangan yang lebih jelas terhadap rupa peranti itu. Kedua-dua peranti nampak serupa daripada depan dengan skrin yang melengkung di bahagian sisinya. Di bahagian belakang pula, kedua-dua telefon dilengkapi kamera empat kanta yang disusun dalam sebuah barisan menegak dan kanta ke-4 terpisah daripada tiga kanta pertama.

    Akan tetapi, Xiaomi 10 Pro menampilkan sebuah sensor tambahan di antara kanta kedua dan ketiga. Seperti yang dilaporkan dalam laporan lepas, ia akan dilengkapi kanta utama 108 megapiksel dengan kebolehan untuk zum sejauh 50x.

    Harganya untuk pasaran di China juga mungkin telah dibocorkan. Senarai harga yang dibocorkan menunjukkan Mi 10 akan dijual dengan harga bermula daripada 4,200 yuan (~RM2,500) untuk varian asas RAM 8GB + storan 128GB, 4,500 yuan (~RM2,700) untuk varian 8GB + 256GB dan 4,900 yuan (~RM2,900) untuk varian 12GB + 256GB. Kita boleh andaikan harga untuk Mi 10 Pro adalah lebih mahal sedikit berbanding harga Mi 10.

    Adakah anda berminat dengan Mi 10 dan Mi 10 Pro? Beritahu kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Gizmochina

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured