More

    BYD atasi Tesla dalam jualan EV global 2025, perbezaan hampir 400,000 unit

    BYD sah menewaskan Tesla dalam perlumbaan jualan kenderaan elektrik global bagi tahun 2025 selepas laporan mengesahkan BYD merekodkan jualan 1.61 juta unit kenderaan elektrik tulen (BEV) setakat akhir September berbanding 1.22 juta unit yang dicatatkan oleh Tesla dalam tempoh sama.

    Jurang perbezaan hampir 388,000 unit menandakan BYD kini menjadi peneraju baharu dalam pasaran EV tulen dunia dan menamatkan dominasi Tesla yang selama ini dianggap tidak tertanding dalam segmen berkenaan. Menurut laporan, BYD menghantar sekitar 582,500 unit EV tulen sepanjang suku ketiga 2025.

    Walaupun angka menunjukkan sedikit penurunan suku ke suku sekitar empat peratus, jumlah keseluruhan masih mengekalkan kedudukan BYD di hadapan pesaing utamanya. Dalam tempoh sama, Tesla mencatat penghantaran sebanyak 497,100 unit yang meningkat 29.4 peratus berbanding suku sebelumnya.

    BYD telah mendahului Tesla secara berterusan sejak suku keempat tahun 2024 hasil daripada strategi pengembangan agresif dan integrasi rantaian bekalan yang efisien. Pembuatan bateri, cip dan komponen utama memberi kelebihan daripada segi kos serta kestabilan bekalan.

    Selain daripada kenderaan elektrik tulen, BYD turut memperkukuh kedudukannya melalui barisan kenderaan hibrid plug-in (PHEV) yang menyumbang kepada kecekapan ekonomi berskala besar. Gabungan BEV dan PHEV menjadikan BYD lebih fleksibel dalam memenuhi permintaan pelbagai pasaran, di samping membantu menurunkan kos purata pengeluaran bateri.

    Penganalisis menjangkakan BYD akan terus meningkat kerana memperoleh sokongan daripada dasar kerajaan China terhadap pembangunan kenderaan tenaga baharu (NEV). Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: CarNewsChina

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured