More

    BYD mencapai jualan 5 juta unit untuk kenderaan tenaga baharu

    BYD, pengeluar utama dunia bagi kenderaan tenaga baharu dan kuasa bateri telah melancarkan kenderaan tenaga baharu (NEV) yang ke-5 juta. DENZA N7 telah mencukupkan jumlah 5 juta unit yang pernah dihasilkan oleh BYD pada 9 Ogos lalu menjadikannya pengeluar kereta pertama di dunia yang mencapai kejayaan ini.

    BYD telah secara aktif mengembangkan kehadiran globalnya sejak 2010 dengan memperkenalkan bas tenaga baharu dan teksi untuk elektrifikasi transit awam. Dengan usaha selama sedekad, penyelesaian pengangkutan awam elektrik BYD kini beroperasi di lebih 400 bandar di lebih 70 negara.

    Sejak penubuhannya pada tahun 1995, BYD telah menghasilkan inovasi seperti Blade Battery, DM-i Super Hybrid System, e-Platform 3.0, CTB Technology, e4 Platform dan Sistem Kawalan Badan Pintar DiSus. Ia telah menetapkan piawaian baharu dalam industri dan mengukuhkan kedudukan BYD sebagai pelopor dalam pasaran kenderaan elektrik.

    BYD telah mempamerkan kehebatan inovatifnya dengan memfailkan lebih 40,000 paten pada skala global, dengan lebih daripada 28,000 paten ini telah diluluskan. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

     

    Artikel Terkini

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Hisense lancar projektor laser XR10, PX4PRO dan L9Q di Malaysia — Bermula RM23,999

    Hisense secara rasmi melancarkan siri paparan laser terbaharu mereka di Malaysia menerusi pengenalan Hisense RGB Triple Colour Laser Projector XR10, RGB Laser...

    Spotify Running Mode dilancar untuk pengguna iPhone, lagu ikut BPM dan jenis latihan

    Spotify secara rasmi melancarkan ciri Running Mode bagi memberikan pengalaman pendengaran muzik yang disesuaikan mengikut aktiviti larian pengguna. Ia ditawarkan khusus untuk...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured